by Ani
Bayangkan tengah orang lain sibuk bersalam-salaman, makan rendang, dan beraya dengan keluarga… tapi kita pula tengah punch card masuk kerja. Perasaan tu? Bercampur-baur sedih, letih, dan lain-lain. Tapi demi komitmen dan tanggungjawab, kita tetap gagahkan diri kerja time Raya Haji. Soalan paling ramai akan tanya masa ni: "Kalau kerja time cuti umum Raya Haji, kiraan OT dikira macam mana?"
Jangan risau, jom kita bongkar semua pasal kiraan OT yang betul.
Overtime (OT) atau kerja lebih masa merujuk kepada bila korang bekerja lebih daripada waktu kerja biasa. Tapi bila masuk bab cuti umum seperti Hari Raya Haji, lain pula kiraannya. Kenapa? Sebab cuti umum adalah hak pekerja, dan kalau korang diminta kerja pada hari tu sepatutnya ada ganjaran lebih.
Baca Juga: Apa Beza Cuti Am dan Cuti Umum? Klik Sini Kalau Nak Tahu Bezanya
Ramai orang keliru antara cuti rehat tahunan dan cuti umum. Kalau korang kerja time cuti rehat, bayaran OT lain. Contoh: Kalau Hari Raya Haji jatuh pada Rabu dan itu cuti umum, tapi majikan minta korang kerja, korang wajib dibayar ikut kadar cuti umum. BUKAN kadar hari biasa!
Baca Juga: Tarikh Raya Haji 2025: Cuti Panjang Ke Tak? Check Sini!
Okay, let’s go deep. Macam mana nak kira?
Kalau kerja lebih dari 8 jam?
Senang cerita, lagi banyak korang kerja, lagi tinggi bayaran sepatutnya.
Jawapannya: Tak boleh paksa. Menurut Akta Kerja 1955, kerja pada cuti umum mesti atas persetujuan dua-dua pihak. Kalau korang dipaksa tanpa persetujuan, itu boleh jadi satu kesalahan.
Tapi kalau korang sukarela nak kerja dan ada keperluan operasi, pastikan semua dibincang jelas & black and white. Dapat surat atau memo rasmi.
Jangan setuju kerja kalau:
Kalau korang dah kerja, tapi tak dibayar ikut kadar yang sepatutnya jangan diam. Korang boleh buat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Pekerja ada hak, dan sistem undang-undang ada untuk lindungi korang.
Boleh print table ni, tampal dekat meja kerja. Nak senang rujuk bila-bila masa.
Tak payah pening lagi. Kalau korang nak cari kerja yang ikut hak pekerja dan sesuai dengan minat atau skill korang, cuba AI Job Matcher dari Maukerja.
Klik je sini untuk mohon kerja ikut minat dan skill yang korang ada: AI Job Matcher
Masukkan maklumat, dan sistem AI akan padankan kerja yang paling sesuai dengan korang. Tak perlu scroll berjam-jam, semua kerja terbaik datang cari korang. Try dulu, baru tahu beza!
Ya, jika anda bekerja di bawah majikan secara rasmi dan ada jadual kerja tetap.
Tak betul. Hari Raya Haji adalah cuti umum wajib, tak boleh diganti sesuka hati.
Boleh buat aduan rasmi ke JTK. Simpan semua bukti berkaitan seperti mesej WhatsApp dan jadual kerja.
Kalau anda buat kerja manual atau kerja teknikal, ya, masih layak. Kalau kerja pengurusan, tertakluk kepada kontrak kerja anda.