by Ani
Bayangkan tengah sibuk kejar dateline, tiba-tiba kepala berdenyut sampai tak boleh fokus. Bukan sebab kurang tidur je, tapi tekanan kerja yang makin hari makin mencabar pun boleh jadi punca utama sakit kepala. Ramai antara kita yang rasa penat sangat kerja, sampai kesihatan pun terabai.
Tapi berita baiknya, ada cara hilangkan sakit kepala yang berkesan dan tak semestinya kena telan ubat setiap kali. Artikel ni akan kupas cara-cara semula jadi, rutin harian yang boleh bantu, dan bila masa yang sesuai untuk jumpa doktor. So kalau awak pun jenis "kerja sampai lupa diri", teruskan baca sampai habis.
> Cari kerja paling ngam dengan korang di sini <
Sebelum kita pergi jauh, jom faham dulu kenapa kita sakit kepala bila kerja terlalu penat.
Antara punca sakit kepala akibat kerja termasuk:
Ramai tak sedar, bila kita tak jaga gaya hidup waktu kerja, badan akan beri signal dan sakit kepala adalah antara tanda paling awal.
Kalau awak jenis tak suka bergantung pada ubat, good news, banyak cara hilangkan sakit kepala secara semula jadi yang boleh awak cuba.
Kadang-kadang, kita ingat kita lapar atau sakit... padahal sebenarnya haus. Make sure badan sentiasa hydrated, especially kalau kerja dalam air-cond.
Kaedah ni simple tapi mujarab! Letak ais dalam kain, tekap kat dahi atau tengkuk 10-15 minit.
Guna jari, tekan perlahan-lahan bahagian pelipis, dahi dan leher. Kalau ada minyak aromaterapi, lagi best.
Tutup laptop, pejam mata 5 minit. Tarik nafas perlahan, kira sampai 4, lepas perlahan-lahan.
Minyak lavender atau peppermint memang boleh bantu tenangkan kepala yang serabut. Bau je pun dah buat rasa chill.
Kadang-kadang, penyebab sakit kepala tu bukan fizikal je tapi mental pun penat. Nak hilangkan penat, cuba buat ni:
> Pening nak cari kerja yang sesuai dengan skill awak? Jom, guna je Job Matcher Maukerja di sini <
Ye, makanan pun main peranan penting! Antara makanan untuk hilangkan sakit kepala yang boleh cuba:
Elakkan makan makanan ini:
Kalau sakit kepala datang sekali-sekala, mungkin masih okay. Tapi kalau:
...itu semua red flag. Jangan tunggu lama, cepat-cepat jumpa doktor ye.
Zaman sekarang, teknologi pun boleh jadi penyelamat. Antara aplikasi untuk bantu rehatkan minda yang boleh cuba:
Try install satu aplikasi ni dulu, cuba waktu lunch break. Lepas tu tengok beza pada mood dan fokus awak.
Sakit kepala bila kerja terlalu penat tu bukan perkara biasa yang patut kita abaikan. Badan kita hantar signal bila dah overused. Jadi, penting untuk kita dengar dan bertindak. Bukan dengan ubat semata-mata, tapi dengan rehat yang cukup, gaya hidup seimbang dan self care.
Dan kalau kerja sekarang buat awak sampai stress hari-hari, maybe dah tiba masa untuk consider peluang baru.
Jangan apply satu-satu kerja, buang masa! Drop je resume dekat sini.
Biar Maukerja bantu carikan kerja yang lebih sesuai yang jaga kesihatan mental dan fizikal awak juga.
1. Apa punca utama sakit kepala bila kerja?
Biasanya sebab stres, kurang air, tidur tak cukup atau terlalu lama depan skrin.
2. Ada ke cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat?
Ada! Guna kaedah semula jadi macam urutan, rehat sekejap, aromaterapi dan minum air cukup.
3. Bila patut saya risau dan jumpa doktor?
Kalau sakit kepala berlarutan lebih seminggu, atau ada simptom lain macam muntah dan pandangan kabur.
4. Betul ke makanan boleh bantu kurangkan sakit kepala?
Ya, makanan seperti pisang, badam, dan teh halia boleh bantu. Elakkan kafein berlebihan.
5. Ada aplikasi yang boleh bantu redakan tekanan kerja?
Boleh! Guna apps macam Calm, Headspace atau Insight Timer untuk meditasi dan rehatkan minda.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: