by Ani
Bila masuk je bulan Islam yang baru, soalan paling ramai akan Google adalah: “1 Muharram cuti umum ke tak?”
Dan benda ni memang selalu jadi perdebatan sebab keliru negeri mana je cuti masa cuti Muharram. Bagi umat Islam, 1 Muharram atau Awal Muharram bukan sekadar penanda tahun baru Hijrah, tapi juga masa untuk refleksi diri, muhasabah dan reset niat kita untuk tahun baru. So, jom kita rungkaikan satu-satu mengenai info cuti Muharram.
> Cari kerja paling ngam dengan korang di sini <
Untuk tahun 2025, tarikh rasmi 1 Muharram jatuh pada hari Jumaat, 27 Jun 2025.
Okay, ini part yang ramai nak tahu. Negeri mana yang memang dapat cuti umum untuk 1 Muharram? Negeri Yang Cuti Awal Muharram ialah semua negeri di Malaysia.
Rujuk je gambar seperti di bawah.
Awal Muharram bukan sekadar “tahun baru Islam”, tapi satu peristiwa besar dalam sejarah Islam. Ia memperingati peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, yang menjadi titik tolak kepada pembentukan masyarakat Islam yang pertama.
Dari sudut rohani, 1 Muharram adalah masa terbaik untuk:
Ramai juga ambil kesempatan ni untuk hadir majlis ilmu, buat tazkirah, atau sekurang-kurangnya beristirahat dan tenangkan fikiran.
Antara aktiviti sempena 1 Muharram yang boleh awak buat:
Tak perlu over plan, cukup sekadar ambil nafas baru untuk tahun Hijrah yang lebih bermakna.
Kadang-kadang, kita penat kerja bukan sebab beban tugas tapi sebab majikan tak hormat masa rehat kita. Kalau awak tengah struggle cari kerja yang sesuai dengan gaya hidup & skill awak, jangan biarkan peluang berlalu macam tu je.
Lepas jawab beberapa soalan ringkas, awak akan terus nampak senarai kerja yang memang match dengan minat & bakat awak. Tak perlu scroll panjang-panjang atau apply membabi buta.
Tidak. Hanya beberapa negeri sahaja isytihar 1 Muharram sebagai cuti umum. Antaranya Kedah, Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri lain.
Tidak, melainkan syarikat anda beri cuti tambahan secara sukarela. Selangor bukan antara negeri yang umumkan cuti untuk 1 Muharram.
Hanya jika negeri anda isytihar 1 Muharram sebagai cuti umum dan polisi negeri/syarikat menyokong cuti ganti.
Tidak semestinya. Majikan hanya wajib beri 11 cuti umum setahun. Selain itu bergantung kepada perjanjian kerja.
Rujuk kontrak kerja anda atau terus tanya HR. Kalau syarikat anda beroperasi di negeri yang cuti, besar kemungkinan anda akan ikut cuti tu.