Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh jadi panduan berguna untuk majikan dan team HR. Dengan adanya maklumat cuti sekolah 2025, anda boleh merancang operasi syarikat, urus permintaan cuti, dan susun tenaga kerja lebih awal, terutamanya staf yang ada anak sekolah. Faham kalendar cuti sekolah ni memang penting, lagi-lagi dalam industri yang sangat bergantung pada kehadiran staf. Kalau tak ambil kira, memang boleh kacau jadual kerja. Kali ni, kami kongsikan ringkasan tarikh rasmi cuti sekolah dan beberapa nasihat berguna macam mana nak guna maklumat ni dalam perancangan tenaga kerja syarikat anda.