by Ani
Kalau korang kerja sekitar KL especially area KLCC bersiap sedialah. Mulai Jumaat ni (8 Julai hingga 11 Julai 2025), beberapa jalan utama dekat ibu negara akan alami gangguan trafik. Bukan sebab banjir, bukan sebab konsert… tapi sebab Malaysia tengah jadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan beberapa mesyuarat berkaitan.
Mesyuarat besar-besaran ni akan berlangsung dekat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Jadi, pihak Sekretariat Induk Logistik ASEAN dan Kementerian Luar dah maklumkan yang trafik mungkin akan mula perlahan seawal Jumaat ni. Kawasan yang terlibat? Dalam radius satu kilometer dari KLCC, termasuk laluan utama dan highway yang menuju ke KL.
Senang cerita, kalau kerja area KL especially KLCC atau biasa lalu jalan utama ke pusat bandar, expect delay. Jem mungkin teruk sikit dari biasa, especially waktu puncak.
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan keluarkan info lengkap tentang laluan mana yang akan ditutup, ubah laluan, dan sebagainya dalam masa terdekat. So korang boleh plan perjalanan siap-siap sama ada keluar awal, tukar laluan alternatif, atau maybe consider WFH kalau majikan bagi green light.
Pihak Kementerian Luar pun dah siap-siap mohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin korang hadapi nanti. Mereka faham, bukan semua orang boleh suka-suka hadap jem pagi-pagi.
Okay, maybe korang tertanya kenapa sampai perlu sekat jalan bagai? Well, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ni bukan calang-calang event. Ia salah satu perjumpaan paling besar dan penting antara negara-negara ASEAN..tempat di mana para menteri bincang pasal isu serantau, kerjasama politik, keselamatan, ekonomi dan banyak lagi.
Malaysia sebagai tuan rumah tahun ni sebab kita ambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos bermula 1 Januari lepas. Tema tahun ni pun sangat kena dengan situasi sekarang: "Keterangkuman dan Kemampanan" maknanya kita nak ASEAN yang lebih bersatu, adil dan mampu berkembang sama-sama, bukan tinggal yang kuat je.
Fun fact: Ini kali ke-5 Malaysia jadi Pengerusi ASEAN selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015. So yeah, kita ni memang ada track record power bila jadi host.
Kalau korang kerja dalam sektor yang melibatkan pengangkutan, logistik, customer service, atau memang commute hari-hari ke city centre, obviously gangguan trafik ni akan beri kesan. Tapi instead of mengeluh, maybe kita boleh:
Empati kami untuk semua yang struggle nak punch card on time waktu jalan jem. We feel you. Sebab bukan mudah nak kerja dalam situasi yang tak tentu macam ni. Tapi hey, sabar sikit. Ini pun demi nama baik negara, dan bila Malaysia berjaya host event macam ni, kita semua pun boleh rasa bangga juga.
Yes, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 ni memang bakal buat jalan KL slow motion sikit tapi ia juga petanda Malaysia makin aktif di pentas antarabangsa. Kita bukan setakat tumpang nama je, tapi betul-betul lead ASEAN untuk jadi lebih inklusif dan mampan.
So kalau rasa stress stuck dalam jam minggu ni, ingatlah kita sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar.
Kalau korang dah penat sangat hadap trafik setiap hari maybe dah sampai masa tukar angin sikit. Cari kerja yang lebih dekat, fleksibel, atau boleh WFH. Klik sini Maukerja – Cari Kerja WFH.
Tak tahu mana nak mula? Drop je resume korang kat Job Matcher Maukerja..kami akan carikan kerja yang sesuai ikut minat dan skill korang.
1. Bila Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 ni berlangsung?
8 hingga 11 Julai 2025, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
2. Jalan mana yang akan terlibat dengan gangguan trafik?
Radius 1km dari KLCC serta laluan utama dan lebuh raya ke pusat bandar. Senarai penuh akan diumumkan oleh PDRM nanti.
3. Saya kerja area KLCC, apa saya patut buat?
Plan perjalanan awal, semak laluan alternatif, dan tanya majikan tentang option kerja dari rumah.
4. Apa tujuan utama mesyuarat ni?
Untuk bincangkan isu serantau, perkuat kerjasama antara negara ASEAN dalam pelbagai aspek dari keselamatan ke ekonomi.
5. Malaysia jadi Pengerusi ASEAN sampai bila?
Malaysia pegang jawatan ni sepanjang tahun 2025, sejak ambil alih dari Laos 1 Januari lepas.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: