Why Should We Hire You? Ini Cara Nak Jawab Soalan Trap Ni Masa Interview!
# Pengetahuan Interview

Why Should We Hire You? Ini Cara Nak Jawab Soalan Trap Ni Masa Interview!

post by Ani

by Ani

Aug 6, 2025
pada 8:21 AM

Why Should We Hire You? Ini Cara Nak Jawab Soalan Trap Ni Masa Interview!

Okay, jujur. Bila recruiter tanya masa interview, "Why should we hire you?", ramai akan rasa macam kena sergah. Rasa macam disoal siasat, siap ada spotlight atas kepala. Tapi sebenarnya... soalan ni bukan untuk perangkap. Tapi untuk uji keyakinan awak dan cara awak 'jual diri'.

Majikan nak tahu: Apa yang buat awak unik? Kenapa awak, bukan calon lain? Apa nilai tambah yang awak boleh bawa? So, kalau awak jawab dengan betul, ini boleh jadi turning point untuk majikan ingat awak sampai habis interview.


Apa Maksud Sebenar Soalan "Why Should We Hire You?"

Soalan ni bukan sekadar "kenapa kami patut ambil awak?", tapi ia menyentuh:

  • Kompetensi & kemahiran awak.
  • Nilai tambah yang awak bawa ke syarikat.
  • Kesesuaian budaya kerja awak dengan team sedia ada.
  • Kebolehan menyelesaikan masalah yang syarikat sedang hadapi.

Baca Juga: 10 Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya & Cara Jawab!


Contoh Jawapan "Why Should We Hire You" Yang Memikat Majikan

Nak jawab bukan sekadar confident, tapi kena strategik. Nah, beberapa contoh ikut bidang:

1. Fresh Graduate (Tanpa Pengalaman):

"Walaupun saya masih baru, saya seorang yang cepat belajar dan sangat bermotivasi. Masa intern di XYZ, saya pernah lead projek pemasaran digital dan berjaya naikkan engagement page sebanyak 25% dalam 2 minggu. Saya yakin saya boleh contribute dengan semangat dan perspektif baru."

2. Kerja Retail/Sales:

"Saya dah ada 3 tahun pengalaman dalam bidang jualan dan berjaya capai target 120% selama dua suku berturut-turut. Saya faham cara approach pelanggan, dan saya suka berinteraksi dengan orang ramai."

3. Admin & HR:

"Saya seorang yang sangat teliti dan tersusun. Saya pernah uruskan 200+ fail pekerja dalam sistem HRMS dan bantu streamline proses onboarding baru. Saya yakin saya boleh bantu mudahkan kerja team."


Kesilapan Biasa Bila Jawab Soalan Why Should We Hire You

Kadang-kadang kita terlalu fokus nak puji diri sampai lupa balance. Ini antara kesilapan yang selalu berlaku:

  • Jawab terlalu umum: "Saya hardworking dan boleh kerja dalam team."
  • Nampak terlalu desperate: "Saya betul-betul perlukan kerja ni."
  • Overclaim tanpa bukti: "Saya boleh buat semua kerja dalam masa sehari."

Majikan tak nak dengar janji kosong. Diorang nak bukti, data, dan kejujuran.


Formula STAR + Value Add: Jawapan Yang Terstruktur

Nak jawapan yang power? Guna STAR Method:

  • S: Situation – Apa situasi atau cabaran yang awak hadapi
  • T: Task – Apa tugas yang awak kena buat
  • A: Action – Apa tindakan yang awak ambil
  • R: Result – Apa hasilnya

Contoh + "value add":

"Masa kerja di ABC, saya handle aduan pelanggan yang viral di media sosial. Saya siasat, minta maaf secara rasmi dan cadangkan SOP baru untuk elak kejadian sama. Akhirnya, pelanggan tu puji servis kami dan followers naik 3K."


Apa Nak Cakap Kalau Tak Ada Pengalaman Kerja?

Ini paling ramai panik. Tapi chill. Walaupun tiada pengalaman kerja rasmi, awak ada pengalaman hidup, belajar, dan soft skills.

Contoh:

"Saya baru tamat pengajian tapi saya aktif dalam kelab debat dan pernah jadi presiden kelab. Dari situ saya belajar kepimpinan, komunikasi dan uruskan event besar. Saya yakin kemahiran tu boleh saya bawa dalam kerja sebenar."

Baca Juga: 5 Soft Skills Paling Mahal Korang Wajib Letak Dalam Resume, Confirm Majikan Terus Ambil Kerja!


Ayat Hook Yang Boleh Impress Recruiter Dalam 10 Saat Pertama

Nak tarik perhatian awal-awal? Mulakan dengan punchline:

  • "Saya tak sempurna, tapi saya cepat belajar dan sangat komited bila diberi peluang."
  • "Saya bukan calon terbaik atas kertas, tapi saya akan jadi aset terbaik kalau diberi peluang."
  • "Saya percaya hasil kerja saya yang akan buktikan nilai saya, bukan resume semata."

Soalan Lanjutan Lepas "Why Should We Hire You?"

Biasanya lepas soalan ni, recruiter akan tanya:

  • "Apa kelemahan awak?"
  • "Apa kekuatan awak?"
  • "Di mana awak nampak diri awak 5 tahun dari sekarang?"
  • "Ceritakan pengalaman paling mencabar dalam kerja awak."

So make sure awak prepare siap-siap.


Checklist: Dah Ready Nak Jawab Soalan Ni?

Nak tahu awak ready atau belum? Tick checklist ni dulu:

  • Saya faham betul-betul apa maksud soalan "Why should we hire you?"
  • Saya dah sediakan jawapan ikut formula STAR + value add
  • Saya tahu kekuatan diri yang boleh bantu majikan
  • Saya ada contoh sebenar (internship, kerja lepas, aktiviti kampus)
  • Saya dah practice dengan suara yang tenang dan confident

Kalau semua dah tick you’re good to go!


Penutup: Siapa Lagi Kalau Bukan Awak?

Kalau awak sendiri tak yakin kenapa majikan patut ambil awak, macam mana orang lain nak yakin? So, daripada jawab sekadar lepas batuk di tangga, inilah peluang awak untuk shine.

Dan kalau awak rasa artikel ni banyak membantu, jangan stop kat sini je. Maukerja dah sediakan satu tools yang senang gila nak bantu awak cari kerja tanpa pening hantar satu-satu iaitu dengan hanya Drop Resume Kat Sini. Tak payah apply satu-satu, just duduk & tunggu peluang datang. Senang, kan?

Drop resume


Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


FAQ: Soalan Lazim Tentang "Why Should We Hire You"

1. Kalau saya nervous, macam mana nak jawab dengan tenang?
Practice dulu dengan kawan atau depan cermin. Fokus pada isi, bukan ayat bombastik.

2. Perlu tak sebut gaji masa jawab soalan ni?
Tak perlu. Fokus pada nilai yang awak bawa, bukan tuntutan.

3. Kalau saya tak pandai speaking, boleh jawab dalam BM?
Boleh. Ramai recruiter Malaysia prefer jawapan jelas walaupun simple, janji yakin.

4. Perlu tak hafal jawapan siap-siap?
Tak perlu hafal bulat-bulat, cukup faham point utama dan sampaikan secara natural.

5. Boleh guna contoh masa belajar walaupun bukan kerja sebenar?
Boleh sangat! Yang penting relevan dan tunjuk skill yang berkaitan dengan jawatan.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal: