

by Ani
Berita baik untuk semua pelajar dan guru di Malaysia! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru saja mengumumkan cuti tambahan sempena sambutan Deepavali 2025, yang jatuh pada Isnin, 20 Oktober 2025.
Mengikut laporan Sinar Bestari dan semakan pada Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2025/2026, cuti khas ini diberikan kepada semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak. Tujuannya? Supaya warga sekolah boleh menyambut Pesta Cahaya bersama keluarga tersayang tanpa gangguan sesi persekolahan.
Berikut jadual rasmi yang dikongsi oleh KPM dalam Kalendar Akademik Sesi 2025/2026:
Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada:
Sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bercuti pada:
Bagi Sarawak (Kumpulan B) pula, sekolah hanya akan bercuti sehari sahaja, iaitu pada Isnin, 20 Oktober 2025.

Untuk maklumat lanjut boleh semak Kalendar Akademik Sesi Persekolahan 2025/2026 di sini.
Artikel Berkaitan: Kenapa Sarawak Tidak Cuti Deepavali? Pekerja Kena Take Note Ni
Gabungan cuti hujung minggu dan cuti tambahan ini bermaksud pelajar dan guru bakal menikmati lima hari rehat berturut-turut, dari Sabtu hingga Rabu!
Ini waktu paling sesuai untuk:
Kalau awak tengah cuti tapi nak tambah pendapatan tanpa perlu keluar rumah, ini masa terbaik untuk mula! Ramai sekarang ambil peluang buat kerja part time dari rumah, seperti:
Kerja dari rumah bukan saja jimat masa & kos, tapi awak juga boleh kerja ikut masa sendiri. Lebih fleksibel dan selesa!
Jom semak senarai kerja dari rumah terkini di sini: Kerja Dari Rumah Terkini di Maukerja.my
Siapa tahu, cuti Deepavali kali ni jadi titik mula untuk rezeki baru awak!
Untuk semakan lanjut, boleh rujuk:
1. Adakah semua sekolah dapat cuti tambahan ini?
Ya, semua sekolah di bawah KPM akan menikmati cuti tambahan kecuali sekolah di Sarawak.
2. Mengapa Sarawak hanya bercuti sehari?
Sebab jadual akademik Sarawak berbeza daripada Semenanjung Malaysia.
3. Bila tarikh sebenar Deepavali 2025?
Deepavali tahun ini jatuh pada Isnin, 20 Oktober 2025.
4. Berapa lama tempoh cuti pelajar dan guru?
Lima hari berturut-turut bermula Sabtu, 18 Oktober hingga Rabu, 22 Oktober 2025.
5. Macam mana nak mohon kerja dari rumah?
Senang saja, semak melalui Maukerja.my dan awak boleh terus mohon disitu.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: