

by Ani
Kalau awak pernah alami situasi ni kamera on, muka senyum tapi tangan berpeluh, suara tersekat, dan tiba-tiba otak ‘blank masa interview’. Awak bukan sorang-sorang. Ramai fresh grad yang baru nak mula kerja pun pernah lalui benda sama.
Interview online ni nampak senang sebab tak perlu keluar rumah, tapi realitinya… lagi susah nak buat connection dengan interviewer! Awak kena kawal bahasa badan, suara, dan ekspresi. Semua tu melalui skrin je. So, kalau salah gaya, memang mudah nampak kaku atau kurang keyakinan.
Tapi jangan risau. Dalam artikel ni, kita akan kupas cara jawab interview online supaya awak nampak yakin, chill, dan profesional — walaupun dalam bilik sendiri.
Interview online sebenarnya sama je matlamatnya iaitu nak tengok sama ada awak sesuai dengan kerja tu atau tak. Cuma bezanya, semua berlaku secara maya (Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya).
So, walaupun nampak remeh, benda ni semua boleh buat recruiter salah faham dan nampak macam awak tak bersedia. Jadi, penting untuk awak ketahui tips interview secara online.
First impression penting gila, even dalam dunia maya. Dalam beberapa saat pertama, recruiter dah boleh “baca” awak sama ada awak confident, nervous, atau blur.
Jangan paksa diri senyum macam tengah ambil gambar passport. Senyum kecil tapi ikhlas dah cukup untuk tunjuk awak tenang.
Duduk tegak, jangan bongkok. Letakkan laptop sejajar dengan paras mata supaya awak nampak lebih yakin dan alert.
Contoh real:
Bayangkan recruiter tanya, “Ceritakan tentang diri awak.”
Masa ni la ramai fresh grad terus ‘freeze’. Tapi sebenarnya, kunci dia senang iaitu jawab dengan struktur dan jujur.
Contoh:
“Masa saya jadi ketua projek final year, kami ada masalah pembahagian tugas. Jadi saya buat jadual kerja ikut kekuatan ahli. Akhirnya semua siap on time dan projek kami dapat markah tinggi.”
Simple, tapi padat dan tunjuk yang awak boleh handle cabaran.
Tak ada benda paling awkward selain tengah jawab elok-elok, tiba-tiba suara putus atau kamera freeze.
Tip: Buat “mock interview” dengan kawan dulu. Latih macam betul-betul supaya awak dah biasa tengok diri sendiri bercakap depan kamera.
Ramai yang ambil ringan bab persediaan sebelum interview sebab fikir, “Ala, interview online je kan.” Padahal, persediaan adalah kunci utama supaya awak nampak profesional.
Artikel Berkaitan: 10 Langkah Penting Perlu Tahu Sebelum Interview
Jangan panik. Semua orang pernah tersilap cakap yang penting cara awak ‘recover’.
Contoh real:
Seorang recruiter pernah kata, dia lebih suka calon yang boleh betulkan diri dengan tenang daripada calon yang terlalu takut buat silap. So, don’t stress. Yang penting, attitude awak positif.
Bila interviewer tanya, “Ada apa-apa soalan untuk kami?”, jangan terus cakap “takde”.
Ini peluang untuk tunjuk minat dan semangat awak terhadap syarikat tu.
Soalan macam ni tunjuk yang awak serius nak belajar dan contribute.
Interview online bukan sekadar test knowledge tapi test cara awak bawa diri dalam dunia kerja yang serba digital. Kalau dulu orang pandai bercakap depan panel, sekarang orang kena pandai connect melalui kamera.
So, jangan tunggu saat akhir. Practice dulu depan cermin, rakam diri sendiri, tengok gesture dan suara. Bila dah biasa, awak akan nampak lebih natural dan tak “kaku” langsung masa sesi sebenar nanti.
Kalau awak tengah risau pasal temuduga online pertama, tarik nafas dulu. Semua orang bermula dari rasa nervous tu. Yang penting, awak belajar, bersedia, dan cuba lagi.
Ramai fresh grad sebenarnya dah hantar berpuluh resume, tapi pelik kenapa tak dapat panggilan interview langsung. Kadang bukan sebab skill atau pengalaman kurang tapi sebab sistem HR iaitu ATS tu sendiri tak detect resume awak.
Jadi, sebelum awak hantar, cuba semak dulu guna ATS Checker ni.
Dengan cara ni, awak boleh tahu sama ada resume awak mesra sistem atau tak, dan peluang nak dipanggil interview pun meningkat. Semak resume awak dengan ATS Checker sekarang! Jangan biar resume awak ‘tersangkut’ kat sistem, biar HR nampak potensi sebenar awak dulu!
1. Apakah maksud interview online?
Interview online ialah sesi temuduga yang dijalankan secara maya melalui platform seperti Zoom, Google Meet atau Microsoft Teams.
2. Bagaimana cara menjawab soalan “ceritakan tentang diri awak” dalam interview online?
Jawab dengan struktur: latar belakang, kemahiran utama, dan minat terhadap kerja tu. Jangan baca skrip, biar nampak natural.
3. Apakah pakaian sesuai untuk temuduga atas talian?
Pakai pakaian formal seperti baju kemeja atau blouse. Elak warna terlalu terang atau bercorak serabut supaya nampak kemas di kamera.
4. Bolehkah guna nota semasa interview online?
Boleh, tapi jangan nampak terlalu bergantung. Letak nota kecil di tepi skrin sebagai panduan, bukan untuk dibaca bulat-bulat.
5. Bagaimana kalau line internet terputus masa interview?
Hubungi recruiter segera dan minta maaf secara profesional. Sambung semula sesi bila line stabil, jangan diam tanpa tindakan.
Pekerjaan Terkenal:
Lokasi: