Contoh Email Mohon Kerja English Buat HR Baca Sampai Habis!

Contoh Email Mohon Kerja English Buat HR Baca Sampai Habis!

post by Ani

by Ani

Oct 30, 2025
pada 11:17 AM

Contoh Email Mohon Kerja English Buat HR Baca Sampai Habis!

Serius, pernah tak rasa macam dah bagi effort gila tulis email mohon kerja tapi lepas tu, krik krik. Tiada balasan. Padahal awak dah attach resume lawa, cover letter siap, tapi... senyap sunyi.

Masalahnya bukan sebab awak tak layak. Kadang, HR tak sempat pun nak klik kalau email pertama tu tak cukup menarik. So kalau awak pernah rasa “kenapa email aku tak dibalas?”, artikel ni memang untuk awak.

Dalam blog ni, kita akan sembang satu-satu cara nak tulis email mohon kerja dalam English, cara hantar resume melalui email yang betul, dan contoh ayat yang boleh terus awak guna.


Apa Itu Email Mohon Kerja & Kenapa HR Tengok Ayat Pertama Dulu?

Email mohon kerja ni sebenarnya mesej pendek yang awak hantar bersama resume dan cover letter, biasanya kepada HR atau hiring manager.

Tapi jangan salah faham ini bukan tempat nak tulis karangan panjang. Ayat pertama dalam email tu ibarat “first impression” awak. Kalau dull atau terlalu formal, HR mungkin skip terus. Tapi kalau ayat dia natural, polite dan nampak confident, HR akan rasa “okay, calon ni interesting.”

Nak mohon kerja melalui email bukan sekadar “attach resume and send.” Kalau nak nampak profesional, ada etika dan struktur yang awak kena ikut.

Berikut cara betul nak mohon kerja melalui email:

1. Guna Subjek Email Yang Jelas

Contoh:

  • Application for Marketing Executive – [Your Name]
  • Job Application: Admin Assistant – [Your Name]

Kalau subjek email awak kosong atau pelik (macam “Hi HR!”), HR terus skip.

2. Tulis Pengenalan Ringkas

Mulakan dengan sapaan sopan:

  • Dear [Hiring Manager’s Name] / HR Team,

Kalau tak tahu nama, guna “Dear Hiring Manager” pun okay.

3. Nyatakan Tujuan

Contoh ayat:

  • I am writing to apply for the [Job Title] position as advertised on Maukerja.

Ayat ni simple tapi terus sampai point.

4. Highlight Diri Sendiri

Sebut sikit pengalaman atau kemahiran utama.

  • I have over two years of experience in customer service and I believe my communication skills fit well with your team’s goals.

5. Akhiri Dengan Panggilan Lembut

I have attached my resume and cover letter for your review.
Thank you for your time and consideration.

Tutup dengan:

Best regards,
[Your Full Name]
[Phone Number]

Baca Juga: Contoh Email Mohon Kerja Terkini! Confirm Majikan Akan Baca


Cara Hantar Resume Melalui Email

Okay, ni part paling ramai silap iaitu attachment & format. Kalau awak cuma attach fail tanpa tulis apa-apa, HR akan anggap tak serius.

Jadi, pastikan:

1. Nama Fail Teratur

Guna format:

Resume_[NamaAwak]_JobTitle.pdf
Contoh:
Resume_NurAina_AdminAssistant.pdf

2. Fail Format PDF

Supaya layout tak lari bila HR buka. Word doc kadang boleh rosak format dia.

3. Jangan Hantar Resume Saiz Terlalu Besar

Fail besar (lebih 5MB) kadang masuk spam. Compress guna PDF compressor sebelum hantar.

4. Periksa Ejaan & Email Penerima

Salah ejaan nama HR pun boleh bagi bad impression tau.


Contoh Email Mohon Kerja Dalam English

Kalau awak masih rasa blur macam mana nak mula, nah terus salin dan edit ikut kerja yang awak nak:


Sample 1: Fresh Graduate

Subject: Application for Graphic Designer Position – Nur Aina

Email Body:
Dear Hiring Manager,

I am writing to apply for the Graphic Designer position as advertised on Maukerja. I recently graduated with a Diploma in Multimedia Design from UiTM and am eager to start my career in a creative environment.

I am confident that my skills in Adobe Illustrator and Photoshop will allow me to contribute effectively to your team. I have attached my resume and portfolio for your consideration.

Thank you for your time. I look forward to the opportunity to discuss my application further.

Best regards,
Nur Aina
012-3456789

Contoh Email Mohon Kerja Dalam English (Fresh Graduate)


Sample 2: Experienced Candidate

Subject: Job Application – Marketing Executive (5 Years Experience)

Dear Ms. Farah,

I came across the Marketing Executive vacancy on Maukerja and would like to express my interest in this position. With five years of experience in digital marketing, I have successfully managed campaigns that increased engagement by 40%.

I am confident that my background and skills align perfectly with your company’s goals. Please find my resume attached for your review.

Looking forward to hearing from you.

Sincerely,
Aiman Khalid
013-9876543

Contoh Email Mohon Kerja Dalam English (Experienced Candidate)


Apa Kesalahan Biasa Dalam Email Mohon Kerja Yang HR Tak Suka?

Nak tahu kenapa HR tak balas? Mungkin sebab awak buat antara kesilapan ni:

1. Tulis Email Kosong

Tiada ucapan, tiada pengenalan. Hanya “Attached is my resume.” HR akan anggap malas dan tak berminat.

2. Guna Ayat Terlalu Slang

“Hey boss, I wanna apply job pls check attached file.” Nope. Ini bukan WhatsApp.

3. Terlalu Panjang

Email bukan tempat karangan. Keep it short, 6 – 8 ayat je dah cukup.

4. Tak Check Ejaan

Satu typo pun boleh ubah persepsi. HR akan fikir awak tak teliti.

Kerja Dari Rumah

Nak apply kerja yang boleh WFH? Jom, tengok senarai kerja WFH di sini


Apa Tips Supaya Email Mohon Kerja Awak Nampak Lebih Profesional?

Selain format dan ayat, ada beberapa trik kecil tapi powerful yang ramai tak tahu:

1. Gunakan email rasmi (bukan nama pelik).
Contoh: aina.zulkifli@gmail.com lebih baik daripada baby_girl1998@gmail.com

2. Periksa timing hantar.
Waktu terbaik – pagi Isnin sampai Rabu (9AM–11AM).

3. Tulis follow-up email.
Kalau seminggu tak reply, boleh hantar ayat lembut macam:

  • Just checking in regarding my application for [Position]. Looking forward to any updates from your side.

Kenapa Penting Email Mohon Kerja Dalam English Walaupun Syarikat Tempatan?

Secara ringkas sebab banyak syarikat Malaysia, walaupun lokal, uruskan dokumen dan HR system dalam English. Jadi, bila awak hantar email yang fluent dan tersusun, awak nampak lebih “ready” untuk kerja tu.

Selain tu, HR akan lebih mudah forward application awak ke management (yang kadang prefer English).


Apa Nak Buat Kalau Awak Tak Confident Nak Tulis Email Dalam English?

No worries. Semua orang start somewhere. Kalau takut grammar salah, awak boleh:

  • Gunakan template atas ni dan ubah ikut jawatan.
  • Gunakan tools seperti Grammarly untuk semak.

Dah Penat Hantar Email Tapi Tak Dapat Panggilan? Cuba Drop Resume Je!

Ramai yang dah hantar berpuluh email mohon kerja tapi masih belum dapat panggilan interview. Kadang bukan sebab awak tak layak tapi sebab HR tak sempat nak baca semua!

Kalau awak nak peluang lebih tinggi untuk dapat dilihat oleh majikan, jangan stop setakat hantar email je. Sekarang ada cara lebih senang & cepat. Cuma drop resume di Maukerja, dan sistem kami akan terus matchkan awak dengan kerja yang sesuai.

Dengan AI Job Matcher di Maukerja, awak tak perlu lagi scroll satu-satu iklan kerja. Sistem akan bantu carikan jawatan paling sesuai ikut minat, lokasi dan pengalaman awak. Automatik terus masuk ke senarai HR yang tengah hiring!

Lagi cepat awak hantar, lagi tinggi peluang HR nampak profil awak dulu sebelum orang lain. Jangan tunggu minggu depan, kerja impian tu mungkin tengah tunggu awak sekarang!

Job Matcher

Nak Cari Kerja? Jom Guna Tools Kerjaya Ni:


FAQ Tentang Email Mohon Kerja Dalam English

1. Apakah email mohon kerja perlu disertakan dengan resume?

Ya, wajib. Resume ialah dokumen utama untuk HR nilai kelayakan awak. Email cuma jadi pengenalan ringkas kepada diri awak.

2. Bagaimana nak tahu email saya dah sampai pada HR?

Kalau guna Gmail atau Outlook, boleh aktifkan fungsi “read receipt” atau tunggu balasan auto-reply dari syarikat. Tapi paling penting, pastikan alamat email HR betul.

3. Bolehkah guna ayat campur English dan BM dalam email mohon kerja?

Boleh, tapi elakkan terlalu banyak campuran. Kalau iklan kerja guna English, sebaiknya tulis penuh dalam English untuk nampak profesional.

4. Adakah perlu letak tanda tangan digital dalam email?

Tak wajib, tapi bagus kalau ada. Ia tunjuk awak serious dan tahu etika komunikasi kerja. Contoh:

Best regards,
[Nama Penuh] | [No. Telefon] | [LinkedIn Profile]

5. Bolehkah saya mohon kerja guna email Yahoo atau Hotmail?

Boleh, tapi Gmail lebih disyorkan sebab lebih stabil dan jarang masuk spam folder HR.


Penat Cari Kerja Tak Jumpa? Jom, Mohon Di Bawah:

Pekerjaan Terkenal:

Lokasi: