

by Ani
Pernah tak awak kerja dah lebih 6 bulan, tapi tiba-tiba HR senyap? Tiada email. Tiada surat. Tiada apa-apa update pasal status kerja awak. Pastu mula la rasa runsing…"Eh aku ni staff tetap ke? Masih probation lagi? Gaji naik ke tak? Benefit dapat ke tak?". Lagi-lagi sebab tak dapat confirmation letter.
Relax. Kalau awak pernah atau sedang rasa macam tu, artikel ni memang untuk awak sebab ramai pekerja Malaysia sebenarnya tak tahu langsung yang confirmation letter ni adalah dokumen rasmi yang tentukan status awak dalam syarikat sama ada masih probation atau dah jadi permanent staff.
Dan yes… benda ni penting gila. Jom kita go through satu-satu dalam artikel ni.
Confirmation letter ialah surat rasmi daripada syarikat yang mengesahkan awak telah tamat probation dan disahkan menjadi pekerja tetap. Dalam erti kata lain, ini ialah “greenlight” yang buat status awak solid bukan sekadar kerja sementara.
Sebab tu bila tiada surat ni, pekerja selalu blur.
Ada yang dah kerja 2 tahun tapi… masih probation tanpa dia sedar sebab tak pernah dapat surat pengesahan.
Nak cari kerja? Jom, drop resume di sini kalau nak dapat kerja cepat!
Biasanya tempoh probation di Malaysia antara 3 - 6 bulan, bergantung pada polisi syarikat. Bila masuk bulan terakhir, HR akan mula review performance awak sebelum putuskan pengesahan.
Ini antara salah faham paling common. Jawapannya, Tak. Walaupun probation awak habis 6 bulan, awak belum dikira pekerja tetap sehingga dapat confirmation letter secara bertulis.
Dalam HR terms, confirmation mesti dalam bentuk:
Kalau setakat bos cakap:
“Awak dah ok lah… teruskan kerja je.”
Itu bukan confirmation.
Ini benda yang buat ramai pekerja confuse dan anxious. Jawapan paling direct, kalau syarikat tidak mengeluarkan surat pengesahan, awak dianggap masih dalam probation, walaupun dah kerja bertahun-tahun.
Ada beberapa sebab biasa:
Tapi apa pun alasan, awak berhak tanya.
Awak tak perlu tunggu HR ingat sendiri. Profesional untuk follow up, especially kalau kerja dah masuk bulan ke 6.
“Hi kak/miss/sir, saya nak tanya mengenai status probation saya. Adakah performance review saya sudah siap dan bila saya boleh expect confirmation letter?”
Short, simple, tak pressure.
Ini part ramai paling excited. Sebab bila dah confirm, banyak benda berubah.
Kalau awak belum tahu, pekerja probation sebenarnya boleh ditamatkan lebih senang berbanding pekerja tetap. Sebab tu surat ni penting.
Jangan panik dulu. Tak semua orang perfect dari hari pertama.
Yang paling ramai pekerja dapat ialah probation extension. Syarikat tak nak terus buang awak, mereka nak tengok kalau awak boleh improve.
Dan yes, extension ni mesti diberitahu secara bertulis juga. Kalau tidak, extension itu tidak sah.
Jawapannya, awak masih dianggap dalam probation, walaupun probation secara teknikal dah tamat.
Sebab tu ramai pekerja tak dapat:
Yes. Walaupun kontrak kerja tulis “Permanent”, status tetap awak tetap hanya berkuat kuasa selepas probation habis DAN pengesahan dikeluarkan.
Surat confirm ialah dokumen HR paling penting selepas offer letter.
Kebanyakan syarikat hanya proses kenaikan gaji selepas awak:
Tanpa surat, HR sistem tak akan update salary grade awak.
“Eh kenapa gaji aku tak naik lepas probation?”
Jawapannya sebab awalnya belum confirm walaupun probation dah habis.
Kalau awak terima surat confirm, make sure ia ada perkara ni:
Kalau surat awak terlalu ringkas atau tak lengkap, awak boleh minta versi yang lebih jelas.
Awak boleh bincang secara profesional dan tunjuk bukti kerja seperti:
“Terima kasih atas feedback. Saya faham point yang diberi.
Boleh saya tahu bahagian mana yang perlu saya improve dengan lebih spesifik?”
Bunyinya polite tapi jelas awak serious nak grow.
Yes. Simpan sampai bila-bila.
Confirmation letter ialah antara dokumen kerja paling penting selain offer letter dan slip gaji.
Ramai pekerja sebenarnya stuck sebab kerja sekarang tak bagi pengesahan, tak bagi gaji yang padan, atau tak bagi peluang naik level. Dah penat hantar resume tapi tak dipanggil langsung?
Sekarang awak ada cara yang jauh lebih senang untuk cari kerja yang match dengan minat dan pengalaman awak, bukan sekadar apply membuta tuli.
Dengan AI Job Matcher Maukerja, sistem akan pilihkan jawatan paling sesuai ikut skill dan pengalaman kerja awak. Tak payah pening scroll berjam-jam. Jom drop resume awak sekarang di Maukerja Job Matcher!
1. Apakah confirmation letter dalam pekerjaan?
Confirmation letter ialah surat rasmi yang mengesahkan seseorang pekerja telah tamat probation dan kini menjadi pekerja tetap. Ia penting sebagai bukti status kerja serta kelayakan benefit.
Awak masih dianggap pekerja probation sehingga menerima surat pengesahan. Awak boleh follow up dengan HR untuk minta status secara bertulis.
Kebiasaannya termasuk cuti tahunan lebih tinggi, medical card, allowance tetap, kenaikan gaji kecil dan perlindungan kerja yang lebih kuat. Bergantung pada polisi syarikat.
Boleh, terutama jika HR perlukan lebih masa untuk menilai atau ada KPI tertentu yang belum dicapai. Probation extension mesti diberitahu secara bertulis.
Awak boleh bincang dengan HR dan minta penjelasan lebih detail. Sediakan bukti kerja seperti KPI, feedback positif atau projek yang awak berjaya siapkan.