Iklan Kerja Di FB, Lelaki Ini Kongsikan 5 Cara 'Tak Beretika' Budak Sekarang Mohon Kerja
# Trending Semasa

Iklan Kerja Di FB, Lelaki Ini Kongsikan 5 Cara 'Tak Beretika' Budak Sekarang Mohon Kerja

post by Izuan

by Izuan

Nov 9, 2021
pada 3:09 PM

Seperti yang kita tahu sosial media sekarang mempunyai kuasa paling kuat untuk mempengaruhi pengguna, berkomunikasi dan mengiklankan sesuatu produk mahupun perkhidmatan. Namun begitu, bukan semua benda boleh dilakukan secara 'santai' seperti memohon kerja.

Cara orang sekarang minta kerja seolah-olah macam nak beli barang pula, "PM". Mungkin ini lah salah satu penyebab kenapa banyak majikan malas nak layan! Berdasarkan perkongsian majikan senidir melalui FB Maukerja Malaysia Baca perkongsian selanjutnya di bawah ini.

Pada hujung posting saya ada tulis, "yang serius, sila PM saya". Itu pun masih ada juga yg tulis PM di ruangan komen. Saya anggap mereka tidak serius

Saya sebenarnya ada tulis something pasal cara orang sekarang cari kerja. if tuan rasa okay, boleh la siarkan (tanpa tulis nama saya), if tak okay, takpe..

Baru-baru ini, saya telah berkongsi peluang pekerjaan di satu page/group di Facebook. Inilah pemerhatian saya sepanjang iklan disiarkan;

1) Pada hujung posting saya ada tulis, "yang serius, sila PM saya". Itu pun masih ada juga yg tulis PM di ruangan komen. Saya anggap mereka tidak serius dan itu juga cara mereka mencari pekerjaan selama ini, ataupun mereka ingat saya jual barang.

2) Bila saya PM, banyak yang bertanya soalan walaupun 98% soalan mereka itu, jawapan sudah ada di posting jawatan kosong yang diiklankan. Ada yg tiada resume lengkap dan minta sedikit masa untuk hantar. Bila diberi masa, sampai ke sudah tak dihantar. Bila double check resume, mintak jawatan lain, tulis jawatan lain, umur sendiri pun tak update..

3) Bila ditanya nak jawatan apa, jawapan mereka "mana-mana yang sesuai dengan kelayakan saya". Kalau yang fresh graduates cakap macam ni, taklah rasa pelik sangat, ni yang dah kerja 4 atau 5 tahun ke atas pun masih cakap macam ni jugak. Kalau anda pun tak boleh decide anda nak kerja apa, susah gak kami nak bantu.. Ijazah ada, job description ada, tapi keputusan pun sukar nak dibuat. You should know better on what you are capable of.

4) Bila saya dah proses resume, saya terus emel mereka dan beritahu yang mereka akan dapat emel susulan dari HR officer. Ramai yang tak respons pada emel HR. Mungkin emel tu masuk ke folder Junk/Spam, tapi kalau betul2 berminat, mereka akan periksa betul2 tanpa perlu diberitahu. Hingga ke hari ini saya sendiri amalkan check emel setiap hari, we never know. Alamat emel biarlah senonoh sikit, jangan guna nama yang pelik-pelik. Ya, tau buat emel tu masa zaman baru nak akil baligh. Buat satu emel yang khas untuk urusan rasmi, guna nama penuh sendiri.

5) Belum lagi yg hantar resume ke emel saya dengan one-liner, "I want to know job description". Tajuk emel pun tiada. Geleng kepala saya.. Mungkin dia ingat saya iklankan satu jawatan sahaja agaknya. Saya sangat yakin bahawa memang tak susah untuk bagi salam atau ucap selamat, letak subjek pada emel dan minta maklumat dengan lebih spesifik.

Dalam pemerhatian saya, kaum Hawa lebih serius mencari kerja, emel dengan tajuk yang jelas, cover letter lengkap dan resume tersusun. Mereka lebih terbuka untuk bekerja di mana-mana tanpa mengambil kira samada syarikat itu besar mahupun yang kecil.

Abang dan kakak sekalian, kalau minta PM pun malas, baca posting pun malas, update dan hantar resume pun malas, check emel pun ala kadar, hantar emel pun sekadar one-liner, anda rasa anda layak ke untuk diambil bekerja, dibayar gaji yang sesuai dengan kelayakan dan menjadi pekerja yang baik? Nanti mulalah keluar luahan di media sosial, graduan sukar mencari pekerjaan la, diskriminasi kaum la, salahkan company la, padahal..

Tak terlambat lagi untuk mengubah cara kita dalam mencari pekerjaan. Tunjukkan usaha kita dengan bersungguh-sungguh, agar kita nampak betul-betul berminat untuk bekerja. Effort itu penting! Make a great first impression. Semoga berjaya kepada semua!