Lagi 12 Ayat Yang Terus Automatik Buatkan Korang Gagal Temuduga Walaupun Layak Jika Disebut
# Pengetahuan Interview

Lagi 12 Ayat Yang Terus Automatik Buatkan Korang Gagal Temuduga Walaupun Layak Jika Disebut

post by Aisya

by Aisya

Mar 21, 2022
pada 7:46 AM

Sewaktu temuduga ini sentiasa akan ada ruang terbuka untuk melakukan kesalahan tanpa disedari. Kesalahan-kesalahan ini tak akan terus membuatkan korang ditolak, mungkin qualification serta personaliti yang memukau boleh back-up kembali permohonan korang tu. Sebelum ini kami pernah kongsikan banyak tips berkaitan ayat yang perlu dielakkan untuk digunakan sewaktu temuduga tapi kali ini kami akan kongsikan 12 lagi ayat tambahan. Ini ada lagi 12 kesalahan sewaktu interview yang kalau korang lakukakan memang secara automatik akan ditolak, melainkan korang bertuah:

1. Company ni sebenarnya buat apa?

Soalan begini memang jelas menunjukkan yang korang ni langsung tak berusaha untuk nak kaji atau buat reserach yang simple mengenai company tersebut. Tak kan lah setakat Google pun malas korang ni? Jangan sesekali datang ke interview dan bertanyakan soalan ini, tambah-tambah lagi di awal interview. Sekarang ni siapa yang tanya siapa sebenarnya ni? Haha 

2. Awak sudah berkahwin/mengandung etc?

Ini bukannya interview untuk berkenalan ye. Tambahan lagi bila interviewer tu perempuan dan korang rasa nak jadikan ianya santai sikit korang pun bertanya dah kahwin ke belum? Amboi melebih sangat tu dah. Senario yang paling buruk bila interviewer itu nampak perut sedikit besar dan korang ajukan soalan "mengandung ke?" padahal dia berkahwin pun belum. Ini memang boleh menaikkan kemarahan interview sebab korang ni perli perut dia besar ke apa. Kalau korang ajukan soalan itu memang sah-sah akan ditolak. 

3. Gunakan bahasa kesat sesuka hati

Okay faham korang ni orang muda dan bila bergaul dengan kawan-kawan ni rasa selesa untuk nak menggunakan bahasa kesat kerana sama umurkan. Tapi jangan sesekali gunakan bahasa kesat yang melampau sewaktu interview fromal dijalankan kerana ianya jelas tidak diterima budi bicara. Kalau korang terlepas satu dua kata kesat itu memang sudah menempah tempat untuk ditolak la.  

Kalau sedang menjelaskan mengenai pengalaman kerja terdahulu yang teruk atau bekas majikan yang teruk ke kadang-kadang rasa marah tu tak boleh kawal dan terkeluar kata-kata kesat. Pada waktu itu, interviewer dah tanda pangkah pada resume korang tau.

4. Segala perkara yang offensive, sexist, racist etc

Sesi temuduga ini bukannya bual bicara untuk nak berbincang mengenai isu atau pendapat yang kontroversi. Walaupun panel penemuduga bertanyakan mengenai isu semasa atau apa-apa yang melibatkan politik, hanya kongsikan perkara yang umum dan jangan sesekali tunjukkan political stand korang. Ini kerana korang tak tahu samada penemuduga itu menyokong parti mana dan political situasion di company itu. 

Melainkan korang hadir temuduga sebagai journalist dan sebagainya, jangan cakap pada dasar sahaja. Tunjukkan yang korang berpengetahuan luas mengenai isu semasa dan masih lagi elakkan menggunakan ayat yang berbaur menyokong atau against. 

5. Saya nak kerja awak

Cuba letakkan diri korang di tempat penemuduga, korang nak ke terima calon yang berlagak bagus ni? Boleh je secara senang je cakap "saya nak jawatan awak sekarang ni?" Wow bangga betul dan yakin habis! Korang tu baru je lalui temuduga dan tak tentu lagi akan diterima atau tidak terus aim nak pegang jawatan yang tinggi.  

6. Menunjukkan yang organisasi itu bukannya pilihan utama korang

Walaupun korang tak nampak diri korang tu boleh bertahan lama dekat company tersebut untuk jangka masa yang lama sekalipun jangan beritahu mereka dengan lantang. Katakan lah korang katakan "Sebenarnya company ni bukan lah saya nak sangat. Setakat setahun macam tu saya blah la ke tempat kerja yang lebih baik." Wow terkesima panel temuduga macam tu. Korang rasa apa jawapan paling sesuai mereka akan berikan? 

Sama juga kalau korang hadir temuduga untuk pilihan kedua korang. Mungkin korang sudah ada dream job menunggu korang, tapi jangan biarkan penemuduga merasakan seperti korang tak hargai usaha mereka memanggil korang interview.

7. Apa-apa yang mengancam penemuduga

Elakkan memulakan ayat dengan mengatakan " Lebih baik bagi saya kerja ini kalau tidak...." walaupun korang hanya berjenaka. Ini kerana majikan akan merasakan yang korang ni agresif serta menyeramkan. Jangan sesekali cuba untuk mengancam penemuduga ya, ini akan buatkan mereka rasa takut dan terus tak jadi ambil sebab mungkin korang ada masalah attitude dan senang mengamuk.

8. Menipu

Jangan sesekali tipu, diulangi jangan menipu penemuduga. Jika penipuan korang tu memang sangat ketara dan jelasa, korang akan terperangkap dalam kesusahan diri sendiri. Ianya akan menyusahkan korang kelak kerana nama korang sudah disenaraihitam dan memang tidak akan sesekali diterima kerja di organisasi yang sama lagi.

9. Buatkan penemuduga rasa bersalah

Ini satu isu yang sering kali disalah anggap oleh calon. Cuba korang letak diri korang dalam posisi penemuduga, adakah korang akan termakan pancing calon yang bercerita sedih dan meminta simpati untuk diberikan kerja, atau korang akan memilih calon yang betul-betul layak untuk jawatan itu? Interviewer yang cemerlang dan tahu apa ciri yang dicari tidak akan termakan umpan dan sebaliknya calon sebegini mereka tidak akan layan sangat. 

10. Nak keluar dinner dengan saya? Atau manisnya senyuman awak

Diingatkan ya, sesi temuduga ini bukannya tempat untuk nak menggoda atau mencari jodoh ya. Walau secantik atau sehandsome mana pun penemuduga tu, ianya bukan peluang terbuka untuk korang nak berkenalan. Cara menggoda penemuduga tu tak akan membantu langsung dalam mendapatkan kerja yang korang mahukan. Taktik kotor ini akhirnya akan memburukkan keadaan je. 

11. Ini interview untuk jawatan apa ye?

Korang dah berjaya dah dapatkan sampai ke tahap interview ni tapi korang tak tahu menahu langsung jawatan apa yang korang pohonkan? Serius ke ni tak tahu langsung? Bukan ke dalam email sudah jelas menyatakan korang diterima untuk dipanggil interview jawatan sekian sekian? Cuba lah alert sikit. Sepatutnya korang sudah bersedia dan tunggu masa ditembak berdas-das dengan soalan cepumas je. Ini kalau memang nampak pun clueless lagi lah tak menjaminkan korang ni layak untuk kerja tu. 

12. Saya tahu saya tak layak untuk jawatan ini, tapi....

Kalau korang gunakan ayat ni, nak tahu tak apa jawapan yang interviewer akan katakan? " Oh awak tak layak? Jadi terima kasih untuk datang ye, bye" Interviewer sudah baca resume korang, dan sudah tapis pun calon-calon untuk temuduga ni jadi kalau dia rasa korang tak layak, dah lama dia akan abaikan korang dari proses awal lagi. Jangan terlampau merendah diri sangat, dan cuba yakin. Kalau korang tak yakin pada diri, bagaimana interviewer mahu yakin pada diri korang kan?