"Mengapa Awak Berhenti Kerja Sebelum Ini?"- Soalan Cepumas Yang Akan Ditanya Sewaktu Temuduga Dan Cara Untuk Jawab
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

"Mengapa Awak Berhenti Kerja Sebelum Ini?"- Soalan Cepumas Yang Akan Ditanya Sewaktu Temuduga Dan Cara Untuk Jawab

post by Aisya

by Aisya

Apr 27, 2022
pada 9:13 PM

Berhenti kerja satu perkara yang kalau boleh semua orang nak elak daripada terjadi. Bila berhenti kerja ni ada bermacam perkara yang kena dipertimbangkan kerana nanti bila hadir temuduga untuk kerja baru soalan yang paling digeruni yang bakal majikan akan tanya ialah "Mengapa awak berhenti kerja terdahulu?" Ini soalan yang memang takut betul kalau ditanya sebab jawapan korang samada akan membuka peluang atau terus buatkan majikan tidak mahu ambil korang bekerja. 

Haa sebelum sambung, kalau nak cari kerja kene lah guna Maukerja, ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! <= Klik link nii!

Sebelum nak hadir temuduga tu, praktis bagaimana nak jawab soalan tersebut agar korang boleh cakap lancar je tanpa kedengaran seperti megingati skrip. Jangan hanya sediakan jawapan je, sediakan juga respond follow-up mana lah tahu bakal majikan mahu bertanya lebih mendalam mengenai mengapa korang berhenti kerja. Ini adalah 5 sebab utama mengapa pekerja berhenti kerja dan berikutan dengan itu, disediakan cara-cara terbaik untuk nak menjawab soalan apabila ditanya "Mengapa berhenti kerja?":

1. Kerja Short-Term

Nak cari kerja kene lah guna Maukerja, ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! <= Klik link nii!

Bila korang berhenti kerja selepas beberapa bulan je atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, dan seterusnya untuk kerja terbaru yang korang diterima pun nampak gayanya macam korang tak boleh nak stay lama je? Ini bukan kerja yang korang cari, jadi boleh ke nak berhenti sekali lagi walaupun tak sampai setahun? Samada nak letakkan short-term job tu dalam resume atau tidak itu pun boleh jadi satu isu. 

Tapi sewaktu nak cari kerja mesti lah korang kena kira sekali semua short-term job yang pernah dilakukan sebab kalau tak letakkan, orang akan anggap ayng korang menganggur buat jangka masa yang lama. Bila bakal majikan tanya mengapa korang kerja sekejap sahaja, yang pentingnya di sini ialah bersikap jujur. Jangan mencuba untuk nak berikan komen buruk mengenai company atau majikan terdahulu di hadapan bakal majikan. Mudahkan kerja, terangkan sahaja yang kerja terdahulu tidak sepadan dengan dengan diri korang dan korang berhenti kerja sebelum company invest banyak lagi duit pada korang kerana ianya akan merugikan sahaja.

2. Perbezaan pendapat dengan bahagian pengurusan

Sebenarnya recruiter boleh hidu bau calon yang berhenti kerja terdahulu tanpa berurusan atau berunding dengan pihak pengurusan sebelum membuat keputusan. Benda macam ni selalu terjadi dan korang bukannya orang yang pertama yang tergagap-gagap apabila ditanya. Jika korang berikan penjelasan yang prinsip di tempat kerja terdahulu berbeza dengan tempat lain, bakal majikan boleh merasakan yang korang ni sebenarnya tidak gembira dengan kerja itu ataupun majikan korang. 

Tak perlu pun sebenarnya untuk korang nak beri penjelasan berjela-jela mengapa korang berhenti kerja. Cuma berikan jawapan ringkas dan beritahu pada mereka yang korang mahu mencari tempat kerja yang padana culture dia dengan diri korang. Beritahu yang company itu menyediakan keadaan persekitaran yang korang mahukan. 

3. Berpindah tempat

Bagi korang yang sudah berkeluarga atau atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan yang memerlukan korang berpindah tempat kerja, apabila bakal majikan bertanyakan soalan itu, senang lah untuk korang nak menjawab. Tapi yang sukarnya di sini ialah untuk nak yakinkan bakal majikan yang korang tidak akan berhenti kerja selagi korang tak sesuaikan diri dan walaupun pasangan korang itu berpindah tempat kerja lagi. 

Tekankan bagaimana korang boleh beri nilai kepada organisasi itu melalui kerja tapi jangan sesekali beritahu yang mungkin korang hanya akan mampu bekerja buat tempoh masa yang singkat sebelum perlu berpindah semula. Lakukan research sebelum hadiri intereview. Mungkin company itu ada syarikat di lokasi lain yang boleh membantu korang atau pun mereka ada menyediakan kerja di mana korang boleh lakukan online-conference. 

4. Gaji

Paling penting sekali jangan mencuba untuk beritahu bakal majikan yang korang berhenti kerja kerana mahu dapatkan gaji lebih di tempat lain. Ini memang jelas menunjukkan yang korang ni hanya pentingkan gaji sahaja bukannya kerja. Bila ada kerja lain yang menawarkan gaji yang lebih tinggi, korang sudah semestinya akan berhenti dan grab je peluang depan mata tu kan? Lagi sekali majikan boleh baca gerak-geri korang ni jenis mahukan gaji besar sahaja. Benar mereka tahu yang jobseeker mahu dibayar dengan jumlah yang berbaloi tapi bila dengar sendiri dari mulut calon ianya buatkan yang korang ni materialistik. Nak cari kerja kene lah guna Maukerja, ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! <= Klik link nii!

5. Sebab-sebab personal 

Jika korang berhenti kerja atas sebab-sebab personal yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan, tidak perlu lah untuk diperjelaskan lagi. Beritahu sahaja yang korang berhenti kerja atas sebab personal yang tidak dapat dielakkan tapi maklumkan yang korang sudah berjaya selesaikan isu tersebut dan bersedia untuk nak mulakan kerja semula. Jika korang berhenti kerja kerana mahu menjadi ibu atau bapa yang duduk di rumah, ianya diterima tetapi sediakan sebab yang korang jelas dengan kesan dia dan sudah berfikir dalam-dalam. Kerana korang bukannya jadi suri rumah kerana sudah give up mencari kerja tapi memilih untuk bersama dengan keluarga. 

Jika korang masuk kembali ke alam pekerjaan selepas menunggu anak kecil tidak memerlukan penjagaan rapi lagi, jelaskan bagaimana korang masih lagi kekalkan kemahiran yang ada, kemahiran professional walaupun sewaktu korang tidak bekerja. 

Sudah tahu bagaimana untuk jawab?

Sekarang selepas baca kelima-lima situasi ini mesti sudah tahu bagaimana mahu menjawab kan? Pentingnya di sini ialah kekal jujur dan jangan sesekali mencuba untuk nak menipu atau berselindung. Kalau penemuduga tanya lagi soalan yang sama, haaa dah siap-siap dah semua jawapan dalam kepala tu. Sebelum tu, nak cari kerja kene lah guna Maukerja, ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! <= Klik link nii! Selamat berjaya!