Secara am nya, pekerja perlu memberikan notis 2 minggu awal sebelum tarikh hari official yang korang mahu berhenti dan ianya dipraktiskan di kebanyakkan tempat. Tapi korang perlu juga merujuk pada manual policy company sebelum bertindak untuk memberikan notis. Ada sesetengah tempat, mereka akan minta korang untuk keluar daripada premis dengan segera pada masa korang berikan notis berhenti kerja walaupun dalam notis itu tertera dengan jelas tarikh akhir korang bekerja yang mungkin seminggu dua lagi. Uish kejamnya!