Tak Suka Kerja Je Terus Berhenti, Apa kata Selesaikan Masalah Itu Dengan 4 Langkah Ini
# Pengetahuan Pekerja

Tak Suka Kerja Je Terus Berhenti, Apa kata Selesaikan Masalah Itu Dengan 4 Langkah Ini

post by Haziziren

by Haziziren

Oct 21, 2021
pada 10:58 AM

Tak suka kerja korang pada masa sekarang? Apakah puncanya? Adakah disebabkan persekitaran, orang sekeliling mahupun tak suka kerja-kerja yang dilakukan, entah-entah memang korang yang malas kot, hehe okey kami gurau je. Itu perkara normal sebenarnya. Kadang-kadang kita sudah tidak ada hati untuk bekerja.

Punca pun tidak tahu mengapa. Nak cari kerja baru pula bukan mudah, mengambil masa yang lama dan belum tentu sesuai dengan apa yang mahukan. Dan buat pembaziran masa disitu.

Tak perlu runsing dan gelabah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Tetapi jika punca nya adalah kerana sebab-sebab yang mungkin melampaui batas, contohnya bergaduh, ditindas, mahupun boss yang bermasalah dan memang tidak mampu untuk dihadapi. Jadi tidak apa jika korang memang mahu tukar kerja. Kalau hidup itu tiada cabaran memang mustahil lah kan. Memang kita tidak boleh sesuatu perkara itu sempurna, tetapi apasalah jika cuba buat ia sempurna. Jadi korang jom baca tips untuk hilangkan rasa tak suka bekerja tu :

 

1) Perasaan tertekan di tempat kerja. 

Jika korang memang mempunyai tekanan di tempat kerja, cuba kurangkan tekanan di luar waktu kerja. Jadi tak perlulah fikir sangat mengenai kerja bila keluar dari rumah. Banyakkan lakukan kerja-kerja harian korang berbanding kerja pejabat. Jadi korang akan lebih banyak lakukan kerja yang memang korang enjoy. Jadi bermula hari ini susun lah kerja korang yang penting didahulukan dan yang tidak berapa penting tu korang boleh tangguhkan.

 

2) Merasai korang tidak merasai sebarang perbezaan? Cari kekuatan semula jadi korang dan minat.

Banyak sahaja tips-tips untuk mengembalikan kekuatan kerja. Belajar semula mengenai kekuatan dan semangat, setelah menjumpai jalan kerja mesti korang akan mencapai tahap maksima semasa melakukan kerja. Jika kerjaya korang tidak selaras dengan kekuatan yang korang ada, pada permulaan tidak apa jika korang nak mengikut kekuatan yang termampu. Jika tak jumpa apa yang korang minati, cuba cari keterujaan semasa bekerja dan apa yang korang paling minat lakukan kerja tu.

 

3) Berjuang mencari makna kerjaya korang tu, mencari hubungan.

Jika kerja korang tiada makna, cuba cari hubungan korang dan kerja korang, jika memang susah, mungkin hubungan korang dengan pekerja sebelum ini tidak berapa baik, jadi cuba bina hubungan antara pekerja supaya lebih baik, selain tu mungkin juga majikan korang. Bukan apa, ia untuk kebaikan korang juga, sekurang-kurangnya ada juga yang menyokong kerja korang bila terasa tertekan. Dan mereka juga adalah tulang belakang kepada kejayaan.

 

4) Waktu kerja yang meletihkan, cuba cari penyelesaian yang lebih kreatif.

Waktu kerja korang yang mungkin meletihkan dan mungkin korang ingin menukar itu. Terdapat banyak penyelesaian yang berpotensi untuk masalah ni, apakata minta boss korang untuk bekerja dari rumah, mungkin cuti tidak berbayar? Korang tak rugi apa-apa pun kerana ini untuk kepentingan kerjaya korang juga. Kurangkan lah segala aktiviti-aktiviti kemewahan korang tu dan dekatkanlah dengan alam sekitar. 

 

Cuba buat sesuatu kesan yang berbeza pada kerjaya korang, ingat korang juga boleh buatkan hari orang lain lebih bahagia. Sebelum pergi kerja tu kenalah ada matlamat dan sebab kenapa korang perlu bekerja, set satu ayat di minda yang memberi motivasi pada diri. Hidup korang ni terlalu singkat jadi jangan sia-siakan hidup dengan perkara yang tidak berfaedah. Jadi harap korang bergembira semasa bekerja.