Nak Batalkan Sesi Temuduga Kerja Pun Ada Caranya Tau. Begini 3 Caranya Kalau Tak Nak Kena Blacklist!
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Nak Batalkan Sesi Temuduga Kerja Pun Ada Caranya Tau. Begini 3 Caranya Kalau Tak Nak Kena Blacklist!

post by Aisya

by Aisya

Oct 21, 2021
pada 11:09 AM

Itu lah bila kata orang tengah desperate nak cari lah tak ada apa-apa tawaran, tapi bila dah dapat bukan satu je yang datang tetapi berderet pula. Pernah tak jadi macam ni? Korang dapat 3 tawaran temuduga kerja sekali gus dan korang memang sudah terima salah satu tawaran kerja tersebut. Jadi macam mana nak tolak tawaran temuduga kerja yang lain itu dengan penuh hormat?

Ini adalah 3 langkah mudah, senang tetapi amat tepat sekali yang boleh korang aplikasikan jika terlibat dalam situasi yang sebegini:

1. Masa itu amat berharga

Korang perlu faham yang masa penemuduga itu amat lah berharga. Korang tak boleh nak buang masa penemuduga dengan biarkan mereka tertunggu-tunggu macam tu je. Jadi jangan lah korang last minute baru nak inform pada penemuduga yang korang mahu batalkan temduduga kerja tersebut. Korang juga mesti lah nak batalkannya dengan cara penuh hemah kerana siapa tahu mungkin di masa hadapan korang akan berurusan kembali dengan mereka kan?

 

2. Telefon atau email penemuduga terus

Kalau korang memang mahu batalkan slot temuduga tersebut, apa kata ambil sedikit masa dan usaha dengan menelefon atau email terus penemuduga. Bukannya susah pun untuk nak angkat telefon dan dail nombor penemuduga, betul tak? Tidak perlu pun nak susah-susah fikirkan alasan apa yang mahu diberikan. Bukannya mereka nak siasat macam banduan pesalah pula. Tetapi amat baik jika korang boleh berikan 1-2 alasan mengapa dan pastikan ianya professional dan masuk akal. Jangan lah beri alasan yang tidak boleh diterima akal pula. 
 

3. Beri notis yang banyak supaya mereka alert

Untuk cara yang lain, korang boleh berikan notis untuk batalkan sesi temuduga dengan kadar yang banyak. Beritahu yang korang tidak dapat untuk hadirkan diri dengan kadar yang awal. Tidak lah penemuduga teragak-agak dan sempat lagi untuk dia nak batalkan rancangan dia. Pastikan penemuduga sudah terima dan baca email korang tu dan cara untuk pastikannya adalah dengan tunggu untuk email follow-up. 

Pastikan korang gunakan 3 langkah ini untuk nak batalkan sebarang temuduga kerja ya. Jangan biarkan penemuduga teretunggu-tunggu korang sampai lah habis waktu bekerja. Mereka pun ada banyak kerja yang mahu dilakukan dan bad impression sebegini berbahaya tau. Kalau korang perlukan sebarang pertolongan suatu masa kelak tidak ke dah janggal di situ?