Tahu Tak Yang Korang Boleh Ambil Cuti Sakit Tanpa Dipotong Gaji?
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Tahu Tak Yang Korang Boleh Ambil Cuti Sakit Tanpa Dipotong Gaji?

post by Aisya

by Aisya

Sep 20, 2021
pada 8:31 AM

Tahu Tak Yang Korang Boleh Ambil Cuti Sakit Tanpa Dipotong Gaji?

Sebagai pekerja ada beberapa manfaat yang boleh dinikmati dan termaktub dalam undang-undang pekerja seperti hari rehat, cuti hari pelepasan am, cuti tahunan serta cuti sakit berbayar. Dibawah Seksyen 60F Akta Pekerja 1955, seorang pekerja berhak mendapat cuti sakit berbayar apabila memenuhi syarat-syarat seperti di bawah dan bersyarat juga iaitu pekerja perlu memberitahu majikannya akan cuti sakit dalam masa 48 jam daripada cuti sakit itu bermula, mengikut Seksyen 60F 2(b). 

 

Berapa banyak cuti sakit berbayar boleh ambil?

Jumlah cuti sakit berbayar adalah bergantung kepada tempoh perkhidmatan seseorang pekerja itu iaitu:

 

1. 14 hari kesemuanya setiap tahun kelendar jika pekerja telah bekerja kurang dari dua (2) tahun

2. 18 hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekerja untuk dua (2) tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun

3. 22 hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika pekerja telah bekerja untuk lima tahun atau lebih

 

Tetapi jika pekerja dimasukkan ke dalam hospital bagi menerima rawatan (hospitalitasi), maka jumlah cuti sakit ialah 60 hari kesemuanya pada satu tahun kalendar dengan syarat jumlah bilangan cuti sakit berbayar dalam satu tahun kalendar dimana seseorang pekerja berhak di bawah seksyen ini tidak boleh melebihi 60 hari keseluruhannya. 

Sebagai contoh, Adam telah bekerja denngan Syarikat ABC selama 6 bulan. Pada Januari lalu, dia telah mengambil dua (2) hari cuti sakit berbayar. Dua bulan lepas, dia mengalami kemalangan jalanraya dan dimasukkan ke dalam hospital selama 55 hari. Berapa banyak cuti berbayar yang tinggal buat Adam untuk tahun ini?

Pengiraan:

Kelayakan Adam untuk cuti sakit berbayar adalah 14 hari kerana perkhidmatannya kurang dari 2 tahun. Dia telah pun mengambil cuti sakit berbayar selama 2 hari pada Januari lepas. DItambah dengan jumlah hari dihospitalisasi iaitu 55 hari (55 + 2 = 57 hari cuti telah digunakan). Maka cuti sakit yang tinggal adalah (60 - 57 = 3 hari sahaja).

 

Kadar bayaran cuti sakit

Mengikut Seksyen 60F (3), majikan hendaklah membayar cuti sakit berbayar kepada pekerja pada kadar biasa bagi pekerja yang di bayar gaji harian. Untuk pekerja yang dibayar gaji bulan pula, pekerja dianggap telah menerima bayaran cuti sakitnya jika dia menerima upah bulanannya tanpa sebarang potongan gaji bagi hari-hari dia mengambil cuti sakit.