Trivia Hari Malaysia, 16 September 1963 - 2021
# Trending Semasa # Inspirasi & Kerjaya (Mau Sembang) # Others

Trivia Hari Malaysia, 16 September 1963 - 2021

post by MJ

by MJ

Sep 16, 2021
pada 6:56 AM

Trivia Hari Malaysia, 16 September 1963 - 2021

Penulis - Nizha Periaswamy


 

  • Tahun ini, 2021 merupakan tahun ke-58 negara sambut Hari Malaysia.
  • Hari Malaysia disambut pada 16 September selepas negara Malaysia dibentuk dengan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak iaitu kira-kira 10 juta orang. Hanya Brunei menolak untuk menyertai Malaysia.
  • Suruhanjaya Cobbold  dibentuk bersama oleh kerajaan British dan Malaya pada tahun 1962 untuk memungut dan menentukan pandangan rakyat Borneo Utara (sekarang Sabah dan Labuan) dan Sarawak sama ada menyokong cadangan untuk membentuk atau membuat Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Borneo Utara, dan Sarawak. Keputusan mendapati 80% populasi bersetuju. 
  • Pembentukan persekutuan baru dirancang pada 1 Jun 1963, kemudian ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 untuk disambut bersama sambutan hari kemerdekaan ke-6, tetapi ekoran beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. 
  • Bagaimanapun, Singapura hanya kekal dalam pembentukan Malaysia selama dua tahun dan keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.
  • Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj turut melaungkan kata ‘Merdeka’ selama tujuh (7) kali pada 16 September 1963, sama seperti yang dilakukan beliau semasa membaca deklarasi merdeka pada 31 Ogos 1957.
  • Pada Hari Malaysia, bendera baharu diperkenalkan menggantikan yang lama dengan menambah tiga (3) bucu baru dalam bintang dan 14 garisan merah putih menandakan negeri.

  • Hanya pada ulang tahun ke-47, Hari Malaysia diumumkan sebagai hari cuti umum oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengumuman itu dilakukan pada 19 Oktober 2009 di Parlimen Malaysia selepas Kabinet Malaysia memutuskan untuk menjadikannya sebagai Hari Bersejarah.
  • Cuti umum Hari Malaysia juga dikatakan sebagai memberi pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak yang menyertai Malaysia pada 16 September 1963; ini kerana 31 Ogos 1957 merupakan kemerdekaan Tanah Melayu sahaja ketika itu. 
  • Bank Negara dijenamakan semula sebagai Bank Negara Malaysia pada Hari Malaysia 1963.
  • Pada ulangtahun ke-50 Hari Malaysia, Bank Negara Malaysia memperkenalkan wang syiling perak berwarna pertama yang memaparkan Jalur Gemilang dan symbol kenegaraan lain. Hanya 10,000 wang syiling berwarna yang dikeluarkan pada 2013 dijual pada harga RM200 satu walaupun nilai asalnya dipercayai RM10. 
  • Tema Hari Malaysia tahun ini, 2021 ialah “Malaysia Prihatin” dan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekaligus menyeru rakyat mendalami tema sambutan serta memupuk sifat keprihatinan dalam diri.