BANTUAN KHAS AIDILFITRI SEBANYAK RM500 UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM GRED 56 KE BAWAH
# Trending Semasa

BANTUAN KHAS AIDILFITRI SEBANYAK RM500 UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM GRED 56 KE BAWAH

post by MJ

by MJ

Apr 9, 2022
pada 11:57 AM

BANTUAN KHAS AIDILFITRI SEBANYAK RM500 UNTUK SEMUA PENJAWAT AWAM GRED 56 KE BAWAH

Ditulis Oleh - Ikmal

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Tarikh pembayaran bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP. 

Beliau turut memaklumkan bahawa bantuan khas sebanyak RM250 juga akan diberikan kepada pesara kerajaan. Tambahnya, bantuan khas tersebut telah memperuntukkan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan kerajaan. Ia bagi membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Difahamkan, pemberian ini adalah bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menjalankan segala tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.