Majikan Akan Cari Benda Ini Dalam Cover Letter

cover letter

Sama seperti resume dan Curriculum Vitae (CV), Cover Letter juga merupakan dokumen penting yang wajib anda bawa semasa menghadiri temuduga. Namun, fahamkah anda apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Cover Letter?

Apa Yang Dicari Majikan Dalam Cover Letter Anda?

Apa Itu Cover Letter?

Cover letter, atau surat permohonan kerja, adalah dokumen yang disertakan bersama resume anda semasa memohon pekerjaan. Tujuan utama cover letter adalah untuk memperkenalkan diri anda kepada majikan, menyatakan minat anda terhadap jawatan yang ditawarkan, dan menjelaskan mengapa anda adalah calon yang sesuai untuk jawatan tersebut.

Kepentingan Cover Letter

Kebanyakan graduan dan pencari kerja sering menyalah tafsir maksud sebenar Cover Letter. Ramai yang menganggap Cover Letter adalah ringkasan kepada resume anda. Pendapat ini salah sama sekali. Jika Cover Letter adalah ringkasan kepada resume, ini bermaksud kedua-dua dokumen ini memaparkan maklumat yang sama. Jadi, sia-sia sahaja majikan mengarahkan anda membawa kedua-duanya.

Kesilapan yang dilakukan ini menyebabkan penemuduga tidak akan melihat Cover Letter anda. Beliau akan terus meletak tepi Cover Letter yang anda bawa itu kerana maklumat yang diinginkannya sudah tercatat dalam resume anda.

Untuk makluman, Cover Letter merupakan antara dokumen yang paling penting dan harus diletakkan paling atas dalam penyusunan dokumen sebelum menghadiri temuduga. Penemuduga akan melihat Cover Letter anda terlebih dahulu. Sekiranya maklumat yang dinyatakan dalam Cover Letter itu menarik perhatiannya, barulah dia akan beralih ke resume pula.

Baca Juga: Contoh Cover Letter Bahasa Melayu

Apa Yang Wajib Ada Dalam Cover Letter?

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan butiran-butiran yang wajib ada dan pasti akan dilihat oleh penemuduga semasa temuduga. Pastikan kesemua butiran-butiran ini ada untuk memastikan Cover Letter anda itu menarik dan berkualiti. Berikut merupakan butiran-butiran tersebut.\

1. Pencapaian Profesional Anda

  • Pastikan anda highlight pencapaian yang berjaya anda peroleh sepanjang tempoh anda bekerja sebelum ini. Penemuduga ingin melihat senarai pencapaian anda contohnya seperti kenaikan pangkat dalam tempoh yang singkat, memperoleh anugerah daripada tempat kerja lama, atau kemahiran unik lain yang ada pada diri anda.
  • Anggaplah Cover Letter ini sebagai medium untuk memaklumkan kepada penemuduga tentang pencapaian terbaik anda.

2. Tempoh Anda Bekerja

  • Inilah sebab utama Cover Letter diletakkan di bahagian paling hadapan dalam senarai susunan dokumen yang wajib dibawa semasa temuduga. Penemuduga ingin tahu tempoh berapa lama anda bekerja contohnya bermula tahun bila hingga tahun bila. Semua ini perlu dimasukkan dalam Cover Letter anda.

Baca Juga: 25 Perkataan Paling Top Dalam CV Bahasa Inggeris

3. Jawatan Yang Dipohon dan Nama Syarikat

  • Butiran ini sangat-sangat wajib ditulis dalam Cover Letter anda. Butiran ini sangat mudah untuk ditulis tetapi malangnya, berdasarkan pengalaman yang dikongsikan oleh penemuduga sebelum ini, majoriti calon temuduga tidak meletakkan butiran ini dalam Cover Letter mereka.
  • Jika tidak menulis butiran ini, penemuduga akan menganggap anda tidak ambil tahu tentang jawatan yang anda pohon serta nama syarikat mereka. Bukan itu sahaja, dengan menulis butiran ini, anda akan dilihat sebagai meletakkan effort yang tinggi kerana anda tidak menggunakan Cover Letter yang sama semasa menjalani temuduga di tempat lain.

4. Tulis Perkara Baik Sebagai Mempromosi Diri Anda

  • Sebenarnya, penemuduga ingin mencari seorang pekerja yang berkualiti dan mampu menjadi aset kepada syarikat. Nilai-nilai yang berkaitan dengan perkara ini akan dicari oleh penemuduga dalam Cover Letter anda.
  • Jadi, pastikan anda tulis perkara-perkara yang baik tentang diri anda dan menampakkan anda sebagai seorang pekerja berkualiti serta mampu menjadi aset buat syarikat tersebut. Harus diingat juga bahawa Cover Letter perlulah ringkas dan tidak boleh panjang seperti karangan.

Semoga dengan perkongsian ini dapatlah dijadikan panduan untuk anda sediakan Cover Letter yang terbaik untuk diserahkan kepada penemuduga. Pastikan kesemua butiran yang disenaraikan tercatat dalam Cover Letter anda. Semoga berjaya!

Pekerjaan Terkenal:

Kerja Kosong KelantanPart TimeKerja Dari RumahGuruBankOperator KilangGuru TadikaSPMKerja Kosong SingaporePemandu LoriKeraniKerja Kosong MelakaShopee ExpressWatsonOffshoreJawatan Kosong KerajaanDriver

Panduan Kerjaya:

Template ResumeTemplate Cover Letter| Soalan & Jawapan InterviewPerkembangan Kerjaya |Gaji & Info Pekerjaan

Share

Was these page helpful?

Your feedback helps us improve search results

Popular Jobs

jobs in Signchina International Travel Admin Sdn Bhd

Customer Service

KL City WP Kuala Lumpur
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM3,000 - RM5,000Mohon
jobs in MSF Advisory Sdn Bhd

Admin Executive

Respons SegeraGraduan Baru
KL City Kuala Lumpur
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM2,000 - RM2,200Mohon
jobs in My Inkjet Print (M) Sdn Bhd

Admin

Graduan Baru
KL City Kuala Lumpur
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM1,500 - RM3,500Mohon
jobs in Jue Wei (Kuala Lumpur) Trading Sdn Bhd

Admin Executive

Graduan Baru
KL City Kuala Lumpur
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM2,800 - RM3,500Mohon
jobs in Purple Cane

Admin Assistant

Graduan Baru
KL City Kuala Lumpur
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM2,300 - RM2,600Mohon
jobs in YYC Holdings Sdn Bhd

Admin Executive

Graduan Baru
Pudu
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM2,800 - RM3,800Mohon
jobs in Shower Scene (M) Sdn Bhd

Admin Executive

Graduan Baru
KL City Kuala Lumpur
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM2,500 - RM4,500Mohon
jobs in Chin Jaya Motors Sdn Bhd

Admin Used Car Dealer

Respons SegeraGraduan Baru
Seri Kembangan Selangor
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM2,000 - RM3,000Mohon
jobs in Huanyu Business Consultant (M) Sdn Bhd

Admin Executive

Graduan Baru
Petaling Jaya Selangor
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM2,300 - RM2,800Mohon
jobs in Boardroom.com Sdn Bhd

Administrative Assistant / Admin Executive

Graduan Baru
KL City Kuala Lumpur
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
More than RM3,500 Per MonthMohon
jobs in Eco Nature Tour & Travel Sdn Bhd

Office Admin (Mandarin Speaker)

Respons SegeraGraduan Baru
Semenyih Selangor
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM2,400 - RM3,000Mohon
jobs in Decasa Lighting Sdn Bhd

Admin Showroom (Sales Coordinator)

Respons Segera
Puchong Selangor
 • Full Time
Kurang dari 30 pemohon. Anda mempunyai peluang yang tinggi!
RM2,300 - RM3,000Mohon