A*** I*****'s avatar'
A*** I*****1 bulan yang lepasAbout Probation

Probation saya 3 bulan sahaja dalam kontrak tapi ini dah masuk bulan ke 4 saya masih lagi probation , boleh ke saya hantar notis berhenti 24 jam ?

Saya start kerja bulan january jadi bulan january bermula percubaan saya , seperti yang dijanjikan dalam kontrak percubaan saya hanya 3 bulan tapi sekarang dah masuk bulan yang ke empat saya masih lagi percubaan dan tiada kontrak baru yang menyatakan saya disambung kontrak percubaan, hanya melalu verbal sahaja , semasa percubaan juga kwsp dan socso saya juga tidak dipotong oleh pihak majikan , malah cuti sakit , public holiday dikira unpaid leave dan gaji saya di tolak , jadi ada kah boleh saya menghantar notis 24 jam tersebut ? Adakah pihak sana akn mengambil tindakan apa apa ? Saya perlukan jawapan segera

0
A*** I*****'s avatar'
A*** I*****1 bulan yang lepas
Bagaimana kalau saya sudah dapat offer protege dan saya perlu masuk ke sana awal bulan hadapan, adakah boleh saya menghantar surat 24 jam tersebut ?
0
Siti Khadijah's avatar'
Siti Khadijah1 bulan yang lepas
Dalam keadaan seperti ini, adalah penting untuk berunding dengan majikan terlebih dahulu sebelum mengambil langkah sebegini. Sepatutnya, proses percubaan sepatutnya tidak melebihi tempoh yang dinyatakan dalam kontrak. Jika tiada kontrak bertulis yang menyatakan extension percubaan, anda ada hak untuk menuntut penyelesaian daripada majikan anda. Saya mencadangkan untuk berbincang dengan majikan terlebih dahulu dan memberikan notis berhenti yang sewajarnya berdasarkan undang-undang dan prosedur organisasi. Elakkan dari mengambil langkah drastik seperti menghantar notis berhenti 24 jam tanpa berbincang dahulu. Jika berlaku pertikaian, anda boleh mendapatkan nasihat daripada Jabatan Tenaga Kerja untuk menyelesaikan isu ini.
0