S******* R*****'s avatar'
S******* R*****11 bulan yang lepasAbout Salary & Benefits

HR minta slip penyata gaji dan di reject semasa temuduga. Boleh ke HR tak nak bincang gaji?

saya baru lepas kena reject sebab tanya hr tentang gaji semasa temuduga. hr tu cakap saya menilai pekerjaan tu dengan duit semata2. kalau saya nak bincang soal gaji pun dia minta saya bagi penyata gaji saya dari company lama. baru boleh bincang gaji. saya nak tanya pendapat min. memang semasa temudaga, kita tak boleh bincangkan tentang tawaran gaji atau mcm mana ya? bukan apa, saya takut kalau saya dapat kerja pun tapi gaji tak dapat nak sara hidup saya yg miskin bandar ni pun susah juga.
0
M****** K****** I*** b** M****** Z**** *'s avatar'
M****** K****** I*** b** M****** Z**** *8 bulan yang lepas
Walaupun saya mempunyai pengalaman tidak melebihi 5 tahun di dalam bidang hr, tetapi saya rasa terpanggil untuk menjawab soalan ini. Secara logiknya, wajar untuk seseorang itu bertanya perihal gaji semasa temuduga. Kerana sememangnya kita sebagai pencari kerja perlu menilai, apakah pekerjaan yang ditawarkan itu setanding dengan gaji yang dibayar. Atau mungkin adakah gaji itu cukup untuk menampung komitmen bulanan kita dan sebagainya. Kemungkinan hr di syarikat itu kurang profesional sehingga tidak mampu memberikan jawapan bernas kepada anda, malah anda pula disalahkan asbab bertanya mengenai gaji. Apa-apapun, semoga dipermudahkan urusan kita semua.
0