Saya dah 3 tahun mencari kerja dekat bidang yang saya minat. Malah saya mempunyai portfolio menarik dan ciri-ciri resume yang HR perlukan, tetapi saya tak dapat. Saya taknak dengar hal berkaitan 'tiada rezeki' kerana itu hanya alasan majikan untuk elak menjawab keluhan saya. Sebagai contoh saya memohon jawatan di PwC dan telah membaca JD dengan jelas, dan saya 100% yakin saya mempunyai pengalaman yang saya ada untuk menghadapi segala tugasan dan tanggungjawab yang akan dipikul. Tak lama selepas itu, saya dapat emel dari mereka yang permohonan saya tak dapat diteruskan dan suruh saya mohon semula akan datang, padahal belum lagi temuduga saya, belum lagi kenal saya, belum kenal lagi cara kerja saya tiba-tiba sudah ditolak. Jadi saya masih lagi tak faham apa yang HR atau sesebuah majikan nakkan sebenarnya?