Assalamualaikum. Sekadar meluah. Sy merupakan kakitangan awam bawahan. Nk dijadikan cerita, pihak unit ada buat program team building di satu tempat. Saya tak tahu langsung dana disponsor siapa, sbb semua tu pihak admin yg uruskan. Yg sy dpt, hnylah adalah arahan lisan dr ketua unit utk hadir ke tempat berkenaan utk program tersebut. Sama mcm program team building di jabatan sebelum ni, sy ke sana atas arahan boss shj. Tak terlintas lgsg di fikiran perkara lain. Malangnya, sewaktu program tersebut berlangsung, sy mengalami kecederaan tulang belakang hingga dirujuk ke pakar ortopedik & diklasifikasikan sbg hilang upaya kekal. Jd isunya apabila sy cuba tuntut skim ex-gracia. Pihak atasan kuiri perihal dokumentasi sbb tiada memo arahan dikeluarkan bg program team building tu. Ketua unit pula tak menyokong tuntutan sy, dikhuatiri kantoi. Rupanya program tersebut disponsor oleh pihak luar & tak dpt kelulusan ketua jabatan pn. Mangsanya sy la. Hilang upaya kekal. Sakit berlarutan. Nk claim pula tak dpt. Medical card mmg sy takda atas kekangan kewangan. Atas sbb tu sy hny mampu dptkan rawatan di hospital kerajaan shj. Jd nk tny kut ada mana² pihak yg ada idea utk tuntut hak sy tu? Jujur ckp, sy tak tau langsung bab ni hinggalah ada staf lain yg eksiden baru² ni. Situasi staf tu berlainan sbb kemalangan berlaku waktu perjalanan ke tempat kerja. Jadi tak berlaku isu dokumentasi mcm kes sy. Mohon cadangan dan pendapat tuan/puan sekalian. Terima kasih.


Answers

Can you answer this question ?

People are looking the best Answer for this question

Asked by :

R****** K*****
3 minggu yang lepas