Hye salam. Saya bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan makanan. Pada mulanya saya bekeja disyarikat ini sebagai Sale Marketing. Then Hr di syarikat ini telah berhenti. Pada waktu itu, majikan buntu kerana tiada orang yang ambil alih jawatan HR pada masa itu. Saya adalah jalan penyelesaian dia. Saya ditukarkan kepada bahagian pengurusan sebagai HR Executive. Saya perlu mengendalikan lebih 5 buah site dari segi kedatangan, gaji dan tuntutan pekerja. Pada awalnya saya ikut sahaja. Sebab saya seronok belajar benda baru. Tetapi bila makin lama, saya diberi tugas yang lebih berat. Boss saya kata saya tiada kerja. Saya hanyar kerani yang buat gaji sahaja setiap bulan. Saya juga bekerja dari isnin hingga sabtu. Kadang kala pada waktu cuti atau waktu malam selepas habis kerja diganggu disebabkan hal kerja. Sebelum ini, saya tidak mengendalikan payroll untuk rakan sepejabat saya. Tetapi pada beberapa bulan lepas, saya kendalikan payroll syarikat, saya dapati gaji saya sama seperti pekerja baru. Bagi saya ini amatlah tidak adil. Jadi saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Pada masa saya berhenti kerja, rakan saya memberitahu saya, boss minta dia jangan berhenti. Malah dia akan naikkan lagi gaji kawan saya. Di situ saya boleh nampak boss saya agak pilih kasih. Saya ambil keputusan berhenti kerana banyak perkara yang tidak memberuntungkan saya di syarikat ini.