Saya dah bekerja di syarikat ini selama 5tahun. Ada kenaikan gaji (sedikit) dan bonus tahunan. Pengalaman kerja selama 8 tahun sebagai Admin.
Saya berhenti kerja apabila dapat tawaran iv di sebuah syarikat MNC, akan tetapi gagal dalam iv kedua. Kerana target gaji saya tahun ni adalah RM3K. Bila saya lulus IV pertama, saya sangat gembira sehingga membuat keputusan berhenti tanpa memikirkan risiko IV kedua.
Dalam pada saya masih bekerja di syarikat ini, saya dapat offer untuk bekerja di sebuah syarikat sub-contractor dimana syarikat ini sub kepada syarikat yg saya sedang saya bekerja sekarang. Ini bermaksud, boss syarikat saya mengenali boss yang menawarkan saya pekerjaan ini. Dan gaji yg ditawarkan juga sama seperti syarikat MNC tadi. Semasa saya menghantar surat resign, saya memberitahu saya dapat kerja yg lebih baik tanpa bos counter gaji. Dia menerimanya dengan sangat baik. Untuk saya pergi semula ke syarikat yg saya bekerja sekarang adalah mustahil kerana saya yakin yang boss takkan dapat offer gaji yg sedemikian rupa.
Pada pendapat kalian, tutup sahajalah/pekakkan telinga saya daripada cemuhan rakan sekerja yang sekarang, atau lebih baik saya mencari tempat lain? Ini kerena, mereka membuat bisness yang serupa dan semestinya akan ada isu dimana tempat lama akan memerli/mengesyak yang saya akan bocorkan maklumat syarikat seperti merampas customer (walhal semasa saya bekerja saya tiada kena mengena dalam urusan jual beli bersama customer)
Sekian luahan. Minta pendapat, terus kan atau cari lain?