Hi admin, saya perempuan fresh grad degree with CGPA 3.30 mechanical engineering background, CGPA agak rendah berbanding graduates yang lain. Datang dari perkampungan kecil di Pahang. Menganggur 4 bulan lebih dan dah beratus apply kerja as protege/assistant engineer/entry level position tapi masih tak ada satu pun panggilan temuduga. Saya dah customize resume according to the job descripton and personalized every cover letter mengikut company. Resume pun dah ATS friendly. Sebab alamat saya ke saya tak di consider langsung oleh mana mana syarikat? atau sebab saya perempuan? kebanyakan rakan saya CGPA lebih kurang kesemuanya dah selamat dapat kerja berdekatan rumah mereka. macam mana ya situation saya ni? Thank you semua.