N** A** F****** I*******'s avatar'
N** A** F****** I*******2 minggu yang lepasMauTanya

Wajarkah menerima kerja yang memerlukan kemasukan dengan kadar segera ?

Saya ingin bertanya adakah patut atau tidak untuk saya menerima tawaran kerja dengan sebuah company dari China dalam sesuatu project (estimate project duration: Feb 2024 - Oct 2024) yang memerlukan saya agar melapor diri pada hari Selasa ini dengan alasan mereka urgent memerlukan pekerja. Saya merasakan bahawa tindakan mereka itu agak tergesa gesa dan saya juga belum menyediakan barang keperluan lain walaupun tempat kerja tersebut berada dalam negeri sendiri. Buat masa sekarang, saya masih belum mempunyai kerja namun saya khuatir jika saya menerima kerja tersebut, tempat tersebut toxic. Namun dalam masa yang sama, saya mahu kerja cuma saya agak kurang berkenan dengan tindakan mereka yang menginginkan saya untuk lapor diri pada hari Selasa ini.
0
Zulaikha Aisyah's avatar'
Zulaikha Aisyah2 minggu yang lepas
Adalah penting untuk menimbang dan mempertimbangkan kesemua faktor sebelum menerima tawaran kerja yang memerlukan kemasukan dengan kadar segera. Walaupun tempat kerja tersebut berada dalam negeri sendiri, anda perlu memastikan bahawa persekitaran kerja itu selesa dan tidak toxic. Jika anda berasa bahawa tindakan mereka terlalu tergesa-gesa dan anda tidak selesa dengan situasi tersebut, adalah penting untuk berkomunikasi dengan jelas tentang kebimbangan anda sebelum membuat keputusan. Anda juga perlu mengambil kira keperluan anda yang lain sebelum melapor diri. Akhir sekali, pastikan anda memahami keseluruhan tanggungjawab dan tuntutan pekerjaan sebelum membuat keputusan akhir.
0