S*** R*****'s avatar'
S*** R*****5 hari yang lepasMauTanya

Bolehkah majikan memaksa pekerja mengambil cuti tahunan?

Saya ada masalah ni, majikan saya suruh ambil cuti tahunan tapi saya tak rasa perlu pun nak cuti sekarang. Rasa macam dipaksa je.

Cuti ni kan hak pekerja tapi kalau tak nak ambil, majikan boleh paksa ke? Saya tengah confius, sebab so far tak ada sebarang isu dengan kerja saya tapi tiba-tiba kena ambil cuti.

1
N**** A** R****'s avatar'
N**** A** R****5 hari yang lepas
Faham sangat rasa confius tu. Memang tak selesa kalau tiba-tiba kena ambil cuti dgn cara terpaksa ni kan. Cuti tahunan memang hak pekerja, tapi kadang-kadang majikan akan minta kita ambil sebab dia nak pastikan kita guna hak cuti tu atau sebab ada keperluan tertentu, macam jadual kerja yang perlu diatur atau pape ke kan. Sebaiknya cuba awak bincang dulu dengan majikan & tanya kenapa tiba-tiba perlu ambil cuti. Mungkin ada sebab yang dia tak jelaskan.
0