R******* M***** B**** H*******'s avatar'
R******* M***** B**** H*******7 bulan yang lepasOther Workplace Issue

KISAH SAYA - MOHON BERI PANDANGAN 1. SLOW LEARNER 2. TINDAKAN PASIF/PROAKTIF 3. KEPERLUAN SOP 4. CARA PERBAIKI DIRI 5. MOVEON KESILAPAN LALU

Mohon pendapat dari semua pembaca. Lebih-lebih lagi yang berpangkat Career Coach, HR. Mohon admin juga rahsiakan details saya! Saya seorang yang biasa-biasa sahaja. Graduan ijazah sarjana muda yang tiada intern disebakan wabak covid. Sebelum degree, saya merupakan pelajar STPM yang sememangnya tiada intern. Secara total, tiada pengalaman kerja secara formal, baik bekerja memggunakan tenaga atau menggunakan akal. Seperti orang lain, saya mempunyai keinginan untuk mengembangkan career. Berkenaan diri, saya sememangnya seorang yang agak lambat untuk pick-up, biasa dengan perkara itu dari sekolah. Pada usia 20-an ini, saya terjumpa satu video mengenai teori brain colour- iaitu berkenaan dengan cara befikir setiap individu dan saya merupakan purple barin colour, which is seorang yang memerlukan banyak info sebelum bertindak. Kalau arahan surface saya tak mampu digest, agak blurr. Kata coach/ psikologist ianya bukan slow learner tapi deep learner. Saya tak mampu fokus sekiranya segalanya perlu cepat. Saya akan melakukan silap. Perlukan masa yang lama untuk memahami sesuatu perkara. saya menerima baik dan buruk purple brain colour ini. Boleh search di website brain colour, discover by Arthur Camarcazzi kalau tak silap namanya. Saya telahpun bekerja di 2 buah company, A dan B dan akan bekerja di company C inshaalah. Harap semua faham dengan jalur cerita saya. Saya agak menaruh harapan bila berkerja di company C akan datang,berdasarkan beberapa insiden dan kriteria. Sebelum menghantar resume, saya membaca di official website, saya melihat company ini telahpun menerima pelbagai award, ianya beroperasi dalam masa lebih dari 10 tahun dan kurang 15 tahun. Apabila saya menghadiri sesi interview, panel iv itu memaklumkan bahwa staf tidak terlalu stress kerana company menyediakan aktivi meningkatkan keyakinan diri kepada semua staf lebih kurang 3-4 bulan sekali. Setiap staf dalam department akan dihantar ke training dalam masa beberapa bulan untuk meningkatkan kecekapan dalam bekerja. CEO nya juga merupakan seorang trainer. Saya kagum. Saya sedar manusia seperti saya yang kurang cekap memerlukan training yang untuk menjadi cekap. Apabila ditanya oleh panel interview tentang kekurangan, saya memaklumkan bahawa saya seorang yang mengambil masa, akan melakukan kesilapan sekiranya sesuatu benda perlu cepat dan mengambil masa juga untuk berkawan kerana melihat dari segi percakapan seseorang. Tiada juga niat saya mahu di-specialkan oleh company, cukup sekadar CEO nya memahami kerana dia juga seorang trainer. Setelah mnghadiri sesi iv, saya merasakan saya tidak layak kerana panel tersebut memberitahu bahawa saya perlukan banyak perkara untuk belajar lagi. Saya juga memberitahu yang saya tiada peluang intern disebabkan oleh pandemik. Keesokan harinya saya melompat kerana saya diterima masuk dalam syarikat tersebut! Saya memohon jawatan kosong di beberapa company termasuk company C setelah menghantar surat resignation di company B, iaitu company kecil. Basically, company B dan C adalah dalam bidang yang sama. Secara total, saya bekerja selama 5 bulan di company B dan menghntar surat berhenti 3 bulan setelah berkhidmat. Pada awal kemasukan saya merasakan okay, agak seronok, working environment tak toksik, tetapi setelah beberapa kali saya sendiri melakukan kesilapan, saya tak sanggup melihat kawan-kawan lain mengadapi kesusahan disebabkan careless dari saya. Rasa bersalah yang menggunung. Rasa tak enjoy pergi kerja. Takut buat silap, adakalanya risau sampai skip makan. Of course, saya sukar untuk depercayai secara kasar. Namun, saya bersumpah telah melakukan sehabis baik. Saya tak tahu lagi cara improvekan diri untuk menjadi lebih teratur dalam melaksanakan skop kerja saya. Apabila saya consult dengan keluarga, beberapa dari mereka mecadangkan untuk berhenti disebabkan cara kerja saya terlalu manual dan tiada SOP untuk jobscope saya. The nature of work, kebanyakannya tak ikut jobscope, malah ada juga yang buat ikut cara sendiri. ‘Tolong menolong antara satu sama lain’. Kalau terlupa nak tolong, pasti kena marah. Saya bekerja bertindak mengikut arahan semata-mata, tiada kertas SOP atau cara kerja yang saya boleh baca untuk memahami perkara asas dalam jobscope. Saya akan tahu apabila ada yang memberitahu. Setiap kali saya buat sesuatu, saya pasti perlu tanyakan seseorang samada cara saya ni betul atau salah. Secara rendah hati, ia memenatkan bagi saya. Ada yang kata, jangan jadi bodoh sombong, tak tahu tanya. Saya percaya, ada kita tak tahu perkara yang kita tak tahu, sampailah ada yang bertanya pada kita. Saya bagi 2 situasi 1.Saya pelajar aliran sains. Kawan saya aliran akaun, saya tak pernah ada asas akaun untuk dipelajari, kertas atau pengetahuan asas untuk dirujuk. Tiba-tiba ada seorang bertanya saya berkenaan akaun. Saya cakap saya tak tahu, dan saya akan tanya kepada kawan yang aliran akaun. Sekali dua boleh diterima, tapi bayangkan berkali-kali. Hampir setiap soalan adalah soalan baru yang saya tak pernah tahu. Saya sentiasa perlu rujuk kawan aliran akaun untuk dapatkan jawapan. Bayangkan jika kawan aliran akaun tu sedang sibuk? Apa akan jadi dengan saya jika soalan dari orang lain itu tergantung? Apa akan jadi sekiranya soalan saya tu merupakan soalan basic, sebasic-basicnya? Apa akan jadi sekiranya saya tak tahu dan saya tak sempat nak rujuk kawan aliran akaun? 2.Saya pelajar aliran sains. Kawan saya aliran akaun. Saya diajar asas akaun dan mempunyai kertas/dokumen asas perakaunan daripada kawan bagi memudahkan saya menjawab soalan jika ada yang bertanya. Apabila ada yang bertanya kepada saya tentang perakaunan, saya boleh rujuk dokumen/kertas atau bahan pengajaran yang telah diajar oleh kawan saya. Saya tak perlu rujuk kawan yang sememangnya sedang sibuk. Apabila soalan yang ditanya tiada dalam pemahaman asas akaun yang saya ada, barulah possible untuk saya merujuk kawan. Perkara ini takkan menyebabkan saya keep asking questions kepada kawan. Saya boleh rujuk dokumen tu. Yang saya sedang hadapi di company B adalah situasi 1. Ianya melelahkan. Ahli keluarga saya yang bekerja di syarikat besar hadapi situasi 2. Tapi saya ditakdirkan berada di syarikat kecil. Segalanya all-in-one dan saya dengan rendah hati tak boleh bawa. Sampai bila saya asyik nak kena marah buat salah sedangkan saya dah cuba sehabis baik, sampai rasa lelah. Sampai bila saya asyik susahkan kawan kerana mistake yang saya buat? Kata ahli keluarga yang bekerja di syarikat besar, i will do a mistake because of the work nature. Tak ada apa yang boleh difocus. Sentiasa ada perkara baru datang yang perlu diselesaikan dalam jangka masa yang pendek, tanpa saya fahami perkara asas. Ianya stress dan menyedihkan, sampai saya rasa saya ni teruk, susahkan orang. Saya teringat apa yang saya hadapi ini sama juga dengan company A, iaitu bidang FnB. Tapi saya tak nak banyak ulas pasal FnB saya kerja tu. Restorannya sangat dikenali, tak asing lagi dan ianya sangat hectic bila bekerja. Saya join program yang dianjurkan oleh restoran tu, fokus untuk mereka yang berkelulusan universiti. Saya harapkan, saya diajar secara total, mengikut sistem yang ditetapkan. Namun sangkaan meleset bila ditempatkan di cawangan yang tidak cukup fasilities, peralatan lama dan yang paling sakit adalah masing-masing tidak mengikut SOP yang ditetapkan. Saya sedar ada SOP tersedia di stor, tapi saya rasa buang masa sekiranya saya mengambil tahu, sedangkan semua buat perkara berbeza. Saya berkali-kali dimaharahi atas kesilapan yang dilakukan atas dasar bukan SOP sedangkan saya melakukan perkara yang sama dengan yang lain. Tambahan, saya dimarahi kerana agak lambat dalam bekerja. Tak apa, saya faham. Memang jenis lambat dari kecil. Sedih di sudut hati tu wujud. Macamana lagi saya boleh ubah diri? Apa yang saya tunggu, adalah tarikh terakhir di situ. Saya sedar, 2 kali bekerja 2 kali nama saya buruk. Saya tekad untuk mengambil tahu mengenai brain colour. Saya bersyukur diberi kesempatan berjumpa dengan career coach. Memang ada silap saya, mungkin saya seorang pasif, bertindak mengikut arahan semata-mata. Ada beberapa perkara yang coach nasihatkan saya untuk mengambil inisetif sendiri untuk mengetahui maklumat mengenai company C sebanyak yang boleh. Kerja baru, kisah baru dan azam baru. Semoga company akan datang memberikan saya SOP sebanyak mungkin untuk saya memahami sendiri dan perform dalam kerja. Oh ya, berkenaan brain-colour. Saya terkejut kerana kepercayaan saya sebagai seorang purple-brain colour ini meleset apabila keputusan ujian dalam website mengatakan bahawa saya adalah seorang red-brain colour. Bila saya rujuk coach, coach percaya bahawa saya seorang purple. But how can the results keluar menjadi red-brain pula? Kata coach, saya telahpun set cara berfikir saya seperti orang red-brain sedangkan saya seorang purple-brain. No wonder, saya bosan, letih dan lesu. Allah, sedihnya rasa. Saya percaya kata coach, “You have done your best!”. Keadaan hectic company amat memberi kesan kepada diri saya. Totally. 3 jam bersama coach, RM500 saya belanjakan untuk cari jalan perbetulkan kesilapan. Saya sedar, saya perlu lebih lagi ilmu. Saya nak tahu cara untuk adapt sesuatu tempat dengan cara pemikiran saya. Sekarang, saya masih lagi mencari career coach untuk meningkatkan semagat serta cooling down dari kesilapan lalu. Company lama, handover notes pun saya tak sempat nak buat. Rasa bersalah menimpa diri dengan kawan lama. The only cara saya handover adalah benarkan kawan lama call saya, tanya apa-apa kerja yang tergantung. Sekarang saya di rumah, berusaha untuk membuat nota handover. Saya cuba sehabis baik tak nak susahkan orang! Atas permintaan. saya ceritakan pada coach berkenaan kerja saya di company B, coach menggeleng dan ketawa dan membuat kesimpulan bahawa company B saya bekerja dahulu sememangnya hectic. Kalau dia pun, dia pengsan. Beberapa faktor yang membuatkan saya penat juga disebabkan oleh banyak rancangan yang saya inginkan secara personal tak dapat dilaksanakan, lagi-lagi ketika offday Sabtu dan Ahad. Ada hikmah besar saya berpindah tempat kerja. Kalau company B di pinggir badar, company C di tengah bandar. Semoga hari Sabtu Ahad saya dapat melakukan aktiviti bermanfaat, dengan harapan dapat melaksanakan tugas kerja dengan senang. Saya bersumpah saya masih lagi debar, gugup untuk masuk tempat kerja baru. Doakan yang baik-baik untuk saya! Kepada pembaca, boleh tolong nyatakan apakah komen anda? Berkenaan SOP Company, slow-learner dan tindakan proaktif? Please comment. Thanks
0
Wan Izzat's avatar'
Wan Izzat5 bulan yang lepas
From your story, it seems that you have faced some challenges in your previous work experiences and are seeking advice on several aspects including being a slow learner, the importance of SOPs, and how to be more proactive. Firstly, being a slow learner doesn't necessarily mean you are less capable, but rather, you process information differently and require more time to fully understand and digest it. Embrace your unique way of learning and focus on finding techniques that work best for you, such as breaking down tasks into smaller steps or seeking visual aids to help with comprehension. Secondly, the absence of SOPs in your previous companies may have contributed to the confusion and mistakes. Having well-documented SOPs provides clarity and consistency in how tasks should be performed, allowing employees to refer to them for guidance. If you join a new company, it would be helpful to proactively seek out and familiarize yourself with the existing SOPs, as well as discuss with your supervisor or colleagues to ensure you understand and follow the proper procedures. In terms of being proactive, it is important to take initiative and show a willingness to go beyond the basic requirements of your job. Seek opportunities to learn and improve yourself, such as attending training programs or seeking guidance from mentors. Additionally, actively communicate with your colleagues and ask questions when necessary, but also make efforts to find answers on your own before seeking help. Being proactive also involves taking ownership of your mistakes and finding ways to rectify them, which shows your commitment to personal and professional growth. Overall, it is crucial to have a positive mindset and be open to continuous learning and improvement. Each work experience provides valuable lessons, and your determination to grow and adapt will undoubtedly contribute to your future success. Remember to stay resilient, seek support from career coaches or mentors, and leverage available resources to enhance your skills and knowledge. Best of luck in your career journey!
1