Disuruh berhenti kerja jika tidak mahu transfer ke jabatan lain.
Saya ada sedikit pertanyaan. Syarikat saya menyuruh sy membuat pilihan untuk bertukar ke jabatan dan cawangan lain. Daripada jabatan RND kepada logistik. Yang mana bagi saya sangat jauh terpesong dari jawatan dan jobscope saya sekarang. Jika saya tidak mahu, mereka menyuruh saya utk berhenti kerja dan menulis surat berhenti. Mereka tak mahu keluarkan surat termination. Satu lagi, mereka tak mahu membayar pampasan kepada saya sebyk dua bulan gaji sperti yg tertera pda kontrak jika saya berhenti. Ap yg sy patut buat dan ada ke cara utk fight hak saya?