N** F******** B* M** I**'s avatar'
N** F******** B* M** I**2 tahun yang lepasTermination Rules

Akan disaman kalau batalkan perjanjian untuk bekerja walaupun masih belum lapor diri dan sign offer letter ?

Hi. Nak tanya pendapat semua orang sikit. Saya baru2 ni telah menerima satu tawaran bekerja yg mana saya jugak telah sign (surat penilaian interview). Namun , lebih kurang seminggu sebelum saya lapor diri, saya telah membatalkan penerimaan kerja tersebut. Makluman balas dari syarikat tersebut adalah dengan memberi hitam putih bahawa saya harus membayar ganti rugi sebyak rm 2k lebih ( masa tenaga mereka, gaji sebulan dan uniform ) sedangkan saya tidak melaporkan diri lagi. Kalau tiada bayaran dijelaskan dalam masa 7 hari, mereka akan memulakan saman menyaman. Untuk pengetahuan semua, saya tidak menandatangani offer letter. Saya pernah memohon untuk membaca offer letter namun mereka menjelaskan bahawa offer letter hanya akan diberi selepas lapor diri. Minta pendapat semua. Terima kasih.
1
Emmanuel Satau's avatar'
Emmanuel Satau8 bulan yang lepas
Mana mungkin. Belum sign apa apa. Bak kata pepatah, non binding. Sekiranya musykil boleh berbincang dengan Jabatan Tenaga Kerja. Ingat, jangan takut. Ketahuilah hak anda sebagai pekerja. Makin dia ugut, makin dia salah.
0
Mohd Nasrullah Zakaria's avatar'
Mohd Nasrullah Zakaria1 tahun yang lepas
abaikan sahaja. ini pembuli. sampah
0
Hadizulhaziq bin Mohd Salleh's avatar'
Hadizulhaziq bin Mohd Salleh2 tahun yang lepas
Awak tak sign offer letter maka tiada mutual consent yang sah. Pergi ke Jabatan Tenaga Kerja dan ceritakan perkara ni dari A-Z.
0
Diswadisapitra Bin Mohd Ishak's avatar'
Diswadisapitra Bin Mohd Ishak2 tahun yang lepas
Cuba direct call JTK. ceritakan secara details dan jujur. pasti ada akta yg berpihak kepada siapa.
1