Kembali
Cinta Syria Malaysia - CSM banner company

Cinta Syria Malaysia - CSM Cinta Syria Malaysia - CSM is top company

<50 Employees · Social Services / NGO

Tentang Cinta Syria Malaysia - CSM

BUTIRAN CINTA SYRIA MALAYSIA- CSM Bermula dengan usaha kecil saudara Ahmad Musa Al-Nuwayri Bin Kamaruzaman yang merupakan pelajar di Universiti Al Al-Bayt, Jordan. Beliau menjadikan abangnya, saudara Nadir Al-Nuri yang menubuhkan NGO From Gaza With Love (Persatuan Cinta Gaza Malaysia) sebagai idola. Idea untuk menubuhkan Tangisan Syria Di Bumi Jordan (nama lama bagi Cinta Syria Malaysia) tercetus setelah melihat ketabahan saudara Nadir Al-Nuri yang berkhidmat seorang diri di Gaza, menguatkan semangatnya untuk membela nasib pelarian Syria di Jordan. Pada 11 Ogos 2014, Tangisan Syria Di Bumi Jordan telah mengorak langkah ke arah menjadi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan didaftarkan di atas nama Persatuan Cinta Syria Malaysia [PPM-014-10-****2014] Tangisan Syria Di Bumi Jordan merupakan nama yang digunakan semasa bertapak di Jordan dahulu. Kini Tangisan Syria Di Bumi Jordan ditukar nama kepada Cinta Syria Malaysia-CSM selepas bantuan diluaskan kepada pelarian Syria yang berada di Turki, Lubnan dan Malaysia. Selain bantuan berbentuk keperluan asas, tempat tinggal, infrastruktur CSM turut menekankan aspek pendidikan melalui penubuhan Sekolah KITA 1 (Jordan), Sekolah KITA 2 (Turki) dan Pusat Bimbingan Alternatif Cinta Syria Malaysia (Bangi). Harapan CSM adalah untuk mewujudkan budaya masyarakat prihatin selain menyediakan pendidikan jangka panjang kepada anak-anak Syria.

Maklumat Cinta Syria Malaysia - CSM

Nama Syarikat

Cinta Syria Malaysia - CSM

Jenis Syarikat

Non-Profit Organization

Saiz Syarikat

<50

Industri

Social Services / NGO

No. SSM Syarikat

-

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

https://cintasyriamalaysia.com

Media Sosial Syarikat

social media

Alamat Cinta Syria Malaysia - CSM

8-19-2, Jln Medan Pusat Bandar 7A, Bandar Baru Bangi, Selangor