

Narinar Group Sdn Bhd
Tentang kita
Ditubuhkan bermula daripada pengalaman pengasas sendiri, Shazren Shah selepas mengharungi cabaran kesihatan anak pertamanya. Ditubuhkan sejak tahun 2016, Narinar fokus kepada penawar melegakan selsema anak. Masalah yang selalu dianggap ringan itu menjadi punca kepada masalah besar yang lain.
Kini Narinar juga telah mengeluarkan solusi kelegaan bayi dan kanak-kanak lain seperti untuk mengurangkan tekanan anak, mudah tidur lena, melegakan ketidakselesaan perut dan lain-lain lagi. Narinar juga telah mengembangkan pilihan solusi kepada dewasa dan untuk seisi keluarga. Uniknya Narinar, kami menggabungkan pati bunga tumbuhan dan Teknik sentuhan atau terapi sebagai solusi terbaik untuk kesihatan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Dengan kekuatan pasukan yang kami gelarkan Narinar Squad, kami komited untuk terus menyampaikan manfaat Narinar kepada ibu bapa khasnya di Malaysia. Apabila anda membuat keputusan terbaik menyertai pasukan Narinar, secara automatik menjadi tanggungjawab Narinar untuk memastikan anda mampu menjana pendapatan dan merubah hidup bersama Narinar. Telah banyak testimoni hebat, antaranya wanita bekerja yang menggiatkan diri dalam perniagaan bersama Narinar secara separuh masa, mampu membuat jualan lebih RM60 000 sebulan. Semua ini tidak mustahil kerana di Narinar, anda akan dipimpin dan diberi latihan intensif dari segi pemasaran dan jualan. Bukan dibiarkan terumbang-ambing dalam dunia perniagaan yang penuh cabaran ini. Kami percaya, keluarga yang gembira dari segala aspek, baik kesihatan, hubungan kasih sayang ibu bapa dan anak, dan kewangan mampu melahirkan masyarakat yang lebih berkualiti demi negara, ummah dan agama.
Last Active
Invalid Date
Jobs Open
1
Industry
Jualan/ Perkembangan Jualan
Saiz Syarikat
<30
Jenis Syarikat
Small-Medium Enterprize
Soal Jawab Syarikat
Tanya soalan dan majikan akan menjawab tentang syarikat ini
Anda mempunyai sebarang soalan?

Anda perlu log masuk untuk bertanya soalan.
Log masuk atau Daftar
>
Kerja oleh syarikat ini (1 Kerja Kosong)