Company SSM No 907726-K · 50-200 Employees
UTM Holdings Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat sepenuhnya milik Universiti Teknologi Malaysia dan memainkan peranan sokongan penting dalam mengkomersilkan hasil penyelidikan Universiti yang berkaitan. Berdaftar pada 13 Julai 2010, UTM Holdings menyediakan jambatan antara akademik dan industri serta menyokong komersialisasi inovasi yang dihasilkan daripada penyelidikan terkemuka di Universiti, dengan:
• menawarkan nasihat dan sokongan kepada penyelidik;
• memberi peluang kepada perniagaan dan pelabur untuk mengakses harta intelektual Universiti;
• menyokong pembangunan teknologi;
• menglesenkan harta intelektual;
• dan mencipta syarikat spin-off yang mempunyai hubungan rapat dengan kepakaran Universiti.
Pasukan kami berusaha untuk menambah nilai aset pelanggan kami melalui pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan hartanah bertajuk strata, pengurusan penyewaan dan perakaunan, pengurusan penyewaan dan perundingan pengurusan hartanah. UTMH menyediakan solusi pengurusan hartanah yang komprehensif dan terintegrasi untuk pelbagai jenis hartanah termasuk: Pusat membeli-belah, bangunan pejabat, bangunan industri dan pembangunan gabungan.