Kembali
Semboyan Group Sdn Bhd banner company

Semboyan Group Sdn Bhd

Company SSM No 1316914-M · <50 Employees · Advertising / Marketing

Tentang Semboyan Group Sdn Bhd

Persatuan Semboyan Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.

Pertubuhan ini diasaskan di bawah pimpinan Tuan Yusuf Azmi setelah beliau beralih arah dari pertubuhan sebelumnya.

Penubuhan pertubuhan ini tidak bertujuan untuk bersaing atau bertikam lidah dengan pertubuhan lain, sebaliknya, Semboyan Malaysia sangat terbuka dan mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan di Malaysia yang memiliki matlamat yang sama demi kebaikan pengguna Malaysia.

Antara isu yang diperjuangkan oleh Persatuan Semboyan Malaysia adalah berkaitan dengan halal dan haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran, penipuan, dan kekejaman terhadap pengguna tanpa mengira bangsa dan agama.

Berdasarkan pengalaman Tuan Yusuf Azmi yang banyak membantu menyelesaikan dan bersuara dalam pelbagai masalah rakyat marhaen, kini Persatuan Semboyan Malaysia mempunyai 'tulang belakang' yang terdiri dari rakyat sendiri dengan jumlah yang ramai dan bergiat aktif dalam usaha untuk melakukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia.

Maklumat Semboyan Group Sdn Bhd

Nama Syarikat

Semboyan Group Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Advertising / Marketing

No. SSM Syarikat

1316914-M

Peluang Pekerjaan

0

Alamat Semboyan Group Sdn Bhd

83, Jalan SPU 1, Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor, Malaysia