Kembali
Nadim Akuatik Sdn Bhd banner company

Nadim Akuatik Sdn Bhd

Company SSM No 002963787-X · <50 Employees

Tentang Nadim Akuatik Sdn Bhd

Statistik terkini menunjukkan seramai 700 individu lemas setiap tahun di Malaysia. 500 orang daripada angka tersebut ialah kanak – kanak berusia bawah 18 tahun. Secara tidak langsung, insiden kelemasan adalah pembunuh utama kanak – kanak.

Atas sikap prihatin, Hang Nadim menawarkan kepakarannya untuk melatiih kanak – kanak, remaja dan dewasa supaya berpengetahuan dan mempunyai kesedaran tentang keselamatan air. Modul latihan Hang Nadim telah terbukti berjaya dan berkesan. Hang Nadim mengalu – alukan anda sekeluarga untuk sertai latihan kami. Insiden kelemasan boleh dielakkan dengan pengertahuan dan kesedaran.

Trivia Hang Nadim

Laksamana Hang Nadim adalah pahlawan Melayu hebat dan pakar dalam perang gerila di laut, beliau berjaya mengepung kuasa Portugis daripada merebak ke Alam Melayu dan menstabilkan perairan Empayar Johor yang sedang dibina. Direkodkan oleh Portugis, mereka kebuluran dan ketakutan sepanjang menduduki A Famosa kerana semangat jihad yang ada pada orang Melayu dalam membebaskan Kerajaan Islam Melaka.

Ketokohan Laksamana Hang Nadim terzahir dalam cerita rakyat Riau sebagai seorang tokoh yang disegani dalam bidang perairan dan keselamatan orang Melayu. Semoga generasi akan datang dapat mencontohi keperwiraannya dalam air.

Maklumat Nadim Akuatik Sdn Bhd

Nama Syarikat

Nadim Akuatik Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Recruitment Agency

Saiz Syarikat

<50

Industri

-

No. SSM Syarikat

002963787-X

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

https://hangnadim.my/

Media Sosial Syarikat

social media

Alamat Nadim Akuatik Sdn Bhd

Kolam Renang Danau, UKM, 43600 Bangi, Selangor, Bangi, Selangor