Kembali
Harash Creation Sdn. Bhd. banner company

Harash Creation Sdn. Bhd. Harash Creation Sdn. Bhd. is top company

Company SSM No 1377661-D · <50 Employees · Arts / Design / Fashion

Tentang Harash Creation Sdn. Bhd.

Harash Creation Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai Harash Collections) mula ditubuhkan pada 13 Jun 2013. Ia di asaskan oleh Puan Aida Rahayu Binti Mohd Badri. Harash Creation Sdn. Bhd. juga merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menyediakan “Islamic Couple T-Shirt” untuk digayakan oleh pasangan yang telah berkahwin dan berkeluarga. Idea ini dicetuskan oleh Puan Aida Rahayu apabila melihat suatu kelompok dalam industri T-Shirt Malaysia yang masih ketandusan baju T-Shirt sedondon yang mematuhi piawaian syariat. Selain itu, Harash Creation Sdn. Bhd. juga mempunyai jenama Sub-unit mereka sendiri iaitu UKHTEES. Jenama UKHTEES pula merupakan pakaian T-Shirt Muslimah serta mengikut piawaian syariat dengan design yang menarik seiring dengan peredaran zaman. Dengan kehadiran Harash Creation diharap mampu mewarnai industri T-Shirt negara dengan pelbagai design yang cantik dan bermanfaat untuk seluruh masyarakat. Semoga dengan sedikit usaha dari kami mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt. Harash Creation Sdn. Bhd. beroperasi di Kajang Perdana, bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 6 petang. Menjadikan Harash Creation Sdn. Bhd. sebagai platform pakaian muslim yang menjadi pilihan utama untuk merasa bahagia dan dekat kepada Allah. Menjadikan Harash Creation & Ukhtees jenama yang unggul dalam kategori yang tersendiri di Malaysia. Memberikan fokus kepada jualan dan pemasaran. Memperkuat pasukan Harash Creation Sdn. Bhd. untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. VISI BRAND HARASH Menjadikan Harash jenama yang diyakini keluarga Muslim dalam menyebarkan kasih sayang di Malaysia. VISI BRAND UKHTEES Menyediakan T-Shirt Muslimah kontemporari sebagai pilihan utama dalam proses penjagaan aurat Muslimah di Malaysia.

Maklumat Harash Creation Sdn. Bhd.

Nama Syarikat

Harash Creation Sdn. Bhd.

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Arts / Design / Fashion

No. SSM Syarikat

1377661-D

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

https://www.ukhtees.com

Media Sosial Syarikat

social media

Alamat Harash Creation Sdn. Bhd.

1-33a, Jalan Kajang Perdana 3, Kajang Perdana, Kajang, Selangor