Kembali
Malaysia Agriculture Research and  Development Institutre (MARDI) banner company

Malaysia Agriculture Research and Development Institutre (MARDI)

Company SSM No · 50-200 Employees · Agriculture / Poultry / Fisheries

Tentang Malaysia Agriculture Research and Development Institutre (MARDI)

MARDI ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 50 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hotrikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi "penanaman tepat" atau precision farming bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap. Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi. Petani dan usahawan yang menerima pakai teknologi MARDI telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan sektor makanan, pertanian dan industri asas tani negara. Ini telah membantu memampankan sektor pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan teras penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, MARDI menyediakan kumpulan pakar dalam bidang-bidang yang dikenalpasti diperlukan, serta memberi sumbangan berkesan terhadap korpus ilmu secara global. Segala maklumat, penemuan saintifik dan ilmu pertanian yang diperolehi dari aktiviti R&D disalurkan melalui bahan penerbitan serta persidangan dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan MARDI tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang makanan dan pertanian di peringkat global, perhubungan rapat dengan beberapa institut penyelidikan, universiti dan kumpulan jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa diperkembangkan.

Maklumat Malaysia Agriculture Research and Development Institutre (MARDI)

Nama Syarikat

Malaysia Agriculture Research and Development Institutre (MARDI)

Jenis Syarikat

Government

Saiz Syarikat

50-200

Industri

Agriculture / Poultry / Fisheries

No. SSM Syarikat

Peluang Pekerjaan

0