Kembali
Izzdecor Sdn Bhd banner company

Izzdecor Sdn Bhd Izzdecor Sdn Bhd is top company

Company SSM No 1407350-W · <50 Employees · Manufacturing / Production

Tentang Izzdecor Sdn Bhd

Diasaskan oleh Nur’Izzah Binti Zasmin, bermula hanya di rumah pada Jun 2018, perniagaan bermula secara kecil-kecilan dengan menjahit langsir, alas meja, alas kerusi dan sarung tilam, akhirnya bertukar menjadi jenama IzzDecor yang mula mengorak langkah dalam pasaran pembuatan langsir dan mula meneraju pasaran Johor.

 

Bermula sebagai hobi mengisi masa lapang, saya meneruskan minat tersebut pada tahun 2018 kerana kehilangan pekerjaan sebagai akauntan, disebabkan oleh syarikat lama tidak lagi beroperasi atas sebab bankrupt dan dalam kedaan saya ketika itu sedang mengandung anak kedua. Mencari pekerjaan baru sebagai akauntan menjadi sangat sukar kerana keadaan saya yang sedang mengandung 6 bulan, dan semua permohonan ditolak serta merta. Akhirnya pada Jun 2018 saya nekad untuk mneruskan minat dalam dunia jahitan langsir dan akhirnya berjaya menukar hobi kepada kerjaya sehingga sekarang

 

Bermula dari rumah di pasir Gudang, saya mengambil 2 orang tukang jahit dan 1 orang bahagian pemasangan, daripada hanya menjahit tempahan langsir tersebut, saya mula besarkan perkhidmatan dengan membuat kerja-kerja pemasangan bersama dengan 1 orang pekerja dan suami. Pada Mac 2019, suami saya nekad berhenti kerja dan bersama-sama dalam menjalankan perniagaan ini ke peringkat yang lebih besar.

 

Disebabkan permintaan yang semakin tinggi dan kapasiti bilangan pekerja yang bertambah, akhirnya kami berpindah dari rumah ke bangunan kedai 2 tingkat di kawasan ekoperniagaan Pasir Gudang, dan menyewa kedai bahagian atas sebagai pusat operasi dimana menempatkan hampir 9 orang pekerja pada masa tersebut dan ‘rebranding’ nama perniagaan daripada Langsir Izzah Bajrai kepada IzzDecor Curtains. Selepas hampir 2 tahun dalam pasaran, akhirnya pada November 2020, sekali lagi saya menambah kapasiti pada bangunan iaitu menagambil kedai bahagian bawah untuk dijadikan sebagai bilik pameran dan menjadi bilik pameran pertama kami.

Antara pengaman menarik sepanjang menjalankan perniagaan ini adalah, saya pernah diundang sebagai ahli panel untuk membuat perkongsian bagaimana saya bermula dari rumah sebagai seorang ‘home tailor’ sehingga berjaya menubuhkan syarikat Sdb Bhd seperti sekarang, oleh beberapa badan ternama seperti Jcorp, RTM dan juga Hasbul Brothers.

 

Pada Mac 2021, saya bertukar dari Langsir Izzah Bajrai kepada IzzDecor Sdn Bhd, dan memiliki 18 orang pekerja yang terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Bahagian Pemasaran, Bahagian Operasi, Bahagian kerja Luar, Bahagian Pentadbiran dan juga Bahagian Khidmat Pelanggan dan diuruskan sendiri oleh saya bersama-sama dengan suami. Kami juga memiliki 2 kenderaan khas syarikat iaitu Produa Aruz untuk kerja-kerja lawatan ke rumah dan juga Toyota Hiace untuk digunakan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan.

 

Kini, IzzDecor hanya memfokuskan perkhidmatan pembuatan langsir ‘custome made’ dan ‘ready made’, membuat lawatan ke rumah untuk sesi pengukuran dan sebut harga, perkhidmatan konsultasi percuma kepada pelanggan yang membuat tempahan, dan juga perkhidmatan pemasangan siap sama ada secara offline mahupun online.

Maklumat Izzdecor Sdn Bhd

Nama Syarikat

Izzdecor Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Manufacturing / Production

No. SSM Syarikat

1407350-W

Peluang Pekerjaan

0