jobs in Tadika Vonad Sdn Bhd

Tadika Vonad Sdn Bhd

Kajang, Selangor

Tentang kita

Tadika Vonad di Blok B, Presint 15-12A Putrajaya telah mula beroperasi sejak awal tahun 2011. Tadika ini terletak di sebelah Taska Vonad di bangunan yang sama. Bisnes Tadika Vonad telah berkembang ke beberapa lokasi termasuk di Presint 16 Putrajaya, Presint 9 Putrajaya, Presint 18 Putrajaya, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi dan Kajang Impiana, Kajang. Tadika Vonad terbuka kepada ibu bapa yang serius dengan pembelajaran berkualiti anak-anak di Tadika-Tadika Vonad yang berdaftar dengan KPM. Pengasas Utama Tadika Vonad adalah pasangan Pn. Hjh Salimah Abd Hamid dan Tn. Hj. Omar bin Yusof. Pn. Hjh Salimah telah berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia selama 38 tahun. Beliau terlibat dengan Institusi-Institusi Kanak-Kanak JKM di bawah Bahagian Kanak-kanak. Beliau juga pernah menjadi penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur selama 2 tahun di mana isu-isu salah laku kanak-kanak sering dibicarakan. Selain memiliki Ijazah beliau juga lulus Kursus-Kursus tentang Pendidikan dan Asuhan Kanak-kanak Beliau telah menubuhkan sebuah Pusat Latihan Vonad di Hentian Kajang pada awal tahun 2009 bagi menganjurkan Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak (KAAK) dan mulai tahun 2013 Kursus Asuhan PERMATA. Penyertaan terbuka kepada semua pengusaha dan staf taska daripada seluruh negara. Dengan adanya Pusat Latihan ini, semua pengasuh pendidik di Tadika Vonad kini diwajibkan hadir dan lulus. Kursus KSPK dan CEFR juga dijalankan di sini bagi meningkatkan standard pengajaran dan pembelajaran guru-guru di Tadika Vonad. Dengan cara ini juga kualiti pembelajaran kanak-kanak di Tadika-tadika Vonad dapat dijaga dan diteruskan supaya semua pekerja Tadika Vonad dapat menjalankan aktiviti pembelajaran selari dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.


Last Active

Invalid Date

Jobs Open

0

Industry

Pendidikan / Latihan

Saiz Syarikat

>100

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Soal Jawab Syarikat

Tanya soalan dan majikan akan menjawab tentang syarikat ini

Anda mempunyai sebarang soalan?

ricebowl

Anda perlu log masuk untuk bertanya soalan.

Log masuk atau Daftar

>


Kerja oleh syarikat ini (0 Kerja Kosong)