Kembali
Malaysian Institute of Road Safety Research banner company

Malaysian Institute of Road Safety Research

Company SSM No · 50-200 Employees · Government / Defence

Tentang Malaysian Institute of Road Safety Research

Institut  Penyelidikan  Keselamatan  Jalan  Raya  Malaysia  (MIROS) telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang berperanan sebagai sebuah pusat sehenti penjanaan, penghasilan dan penyebaran ilmu serta maklumat keselamatan jalan raya. Hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan dan program-program intervensi berdasarkan bukti sebagai asas bagi membangunkan strategi, undang-undang, dasar dan langkah-langkah penguatkuasaan baharu terhadap keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan. Terlibat secara langsung di dalam penyelidikan, MIROS bekerjasama dengan agensi- agensi kerajaan dan badan-badan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya.

 

Pada tahun 2014, Menteri Pengangkutan ASEAN telah melantik MIROS sebagai Pusat Keselamatan Jalan Raya ASEAN. Pusat ini bertujuan untuk menyumbang dan mempromosikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya dalam kalangan negara ASEAN, ini termasuklah undang-undang jalan raya, pengurusan data, pembangunan piawaian,  pendidikan  dan  kesedaran  keselamatan jalan raya.

Maklumat Malaysian Institute of Road Safety Research

Nama Syarikat

Malaysian Institute of Road Safety Research

Jenis Syarikat

Government

Saiz Syarikat

50-200

Industri

Government / Defence

No. SSM Syarikat

Peluang Pekerjaan

0