Kembali
Restu Kids Sdn Bhd banner company

Restu Kids Sdn Bhd

Company SSM No 824137V · <50 Employees · Education / Training

Tentang Restu Kids Sdn Bhd

Restu Kids merupakan sebuah entiti pendidikan prasekolah islam yang mendaftar di bawah Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) & Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). 

 

Restukids  menerima pendaftaran pelajar berusia antara 5 & 6 tahun. Silibus Akademik terdiri dari Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Jawi, Art& Craft, Komputer dan Pendidikan Jasmani.

 

Manakala silibus Diniyyah merangkumi matapelajaran Pendidikan Islam iaitu Fekah, Tauhid, Sirah dan akhlak dengan tambahan silibus Hafazan & Iqra'. 

 

Modul hafazan yang diolah mengikut kesesuaian usia dan daya ingatan seseorang kanak-kanak itu, menetapkan beberapa surah perlu dihafal sebelum melangkah ke Tahun 1. Antaranya Surah al- Kauthar, al-Maa’un, al-Humazah, al-Fiil, Quraisy dan al-‘Asr.

 

Bagi meluaskan rangkaian jaringan yang memenuhi setiap kategori kanak-kanak, Restu Kids juga menawarkan Kelas Intensif Fardu Ain bagi pelajar berusia antara 7 hingga 12 tahun. Antara matapelajaran yang ditawarkan ialah Pendidikan Islam, Praktikal Solat dan Pengajian Al-Quran/Muqaddam. 

 

Kami juga menerima kanak-kanak seawal umur 4 tahun untuk belajar Iqra/Al-Quran bersama guru yang bertauliah sesi petang dari Isnin sehingga Khamis.

Maklumat Restu Kids Sdn Bhd

Nama Syarikat

Restu Kids Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Education / Training

No. SSM Syarikat

824137V

Peluang Pekerjaan

0

Laman Web Syarikat

https://www.restukids.com

Alamat Restu Kids Sdn Bhd

Restu Kids, Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor. 2A, Persiaran Damai, Shah Alam, Selangor, 40100, Malaysia