Kembali
TFK Aluminium And Glass Engineering banner company

TFK Aluminium And Glass Engineering TFK Aluminium And Glass Engineering is top company

Company SSM No 0345756-A · <50 Employees · Construction / Building

Tentang TFK Aluminium And Glass Engineering

TFK ALUMINIUM AND GLASS ENGINEERING, syarikat ini ditubuhkan sejak pertengahan tahun 2014 dan didaftarkan pada 12 Jun 2014. 

Syarikat ditubuhkan berdasarkan pengamatan pemilik  terhadap industri ini di mana bidang ini merupakan salah satu bidang kerja penting dalam setiap projek pembinaan masakini serta kepelbagaian produk dan perkhidmatan berasaskan aluminium dan kaca. Operasi syarikat dijalankan di premis beralamat No 109-E, Jalan Lahar Yooi, *3300, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Fokus pertama syarikat ialah untuk memperkasakan penglibatan usahawan tempatan dalam menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan industri dan masyarakat  ke seluruh negeri Pulau Pinang dan negeri-negeri berhampiran seperti Kedah dan Perak. 

Dalam memperkasakan operasi, syarikat sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta mempelbagaikan produk dan perkhidmatan dengan jalinan kerjasama bersama para pembekal serta kontraktor-kontraktor bagi memenuhi keperluan industri.  Dengan itu, TFK Aluminium And Glass Engineering mengalu-alukan semua kategori  individu, syarikat-syarikat swasta, Jabatan-jabatan kerajaan dan kontraktor-kontraktor binaan untuk mendapatkan perkhidmatan dari syarikat kami bagi memenuhi keperluan dalam industri Aluminium dan kaca ini.

 

Maklumat TFK Aluminium And Glass Engineering

Nama Syarikat

TFK Aluminium And Glass Engineering

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Construction / Building

No. SSM Syarikat

0345756-A

Peluang Pekerjaan

0

Media Sosial Syarikat

social media

Alamat TFK Aluminium And Glass Engineering

No 109-E, Jln Lahar Yooi, Butterwoth, Pulau Pinang, Malaysia