Kembali
Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd banner company

Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd

Company SSM No 604689-D · <50 Employees · Healthcare / Medical

Tentang Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd

Poliklinik An-Nisa’ adalah rangkaian klinik yang menyediakan perkhidmatan kesihatan dibawah pengendalian Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd. Ia telah ditubuhkan pada 1 Januari 2003 dengan menjalankan perkhidmatan kesihatan menyeluruh bersesuaian dengan visi dan objektif penubuhan syarikat, iaitu untuk mempelopori kesihatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan di samping mengekalkan etika dan profesionalisme perubatan. Sejak penubuhan syarikat sehingga kini, syarikat telah membuka lebih 11 buah cawangan di Selangor dan 3 cawangan lagi di Cyberjaya, Kedah dan Kuala Lumpur. Kebanyakan cawangan Poliklinik An-Nisa’ beroperasi selama lebih 12 jam setiap hari. Setiap cawangan klinik, dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi bagi mengendalikan kes-kes rawatan primer yang meliputi rawatan perubatan, pembedahan kecil, kesihatan ibu dan anak, kecederaan dan kemalangan dan khidmat rawatan dan nasihat kesihatan kerja. Di setiap cawangan Poliklinik An-Nisa’ terdapat kumpulan Pegawai Perubatan (doktor) dan pembantu klinik yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan dan khidmat kesihatan. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan doktor pakar bagi memberi khidmat untuk es-kes yang khusus. Doktor yang berkhidmat juga mempunyai tauliah dalam perubatan kesihatan perkerjaan (occupational medicine). Tenaga kerja Poliklinik An-Nisa’ mempunyai pengalaman yang luas di dalam mengendalikan syarikat berorientasikan perkhidmatan kesihatan keluarga, memandangkan pengalaman mereka pernah menubuhkan Pusat Rawatan Islam Annisa Sdn Bhd. Berbekalkan prestasi perniagaan yang baik dan memberangsangkan, syarikat dengan penuh yakin akan mendapat bantuan kewangan dari institusi perbankan tempatan untuk terus berkembang.

Maklumat Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd

Nama Syarikat

Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Healthcare / Medical

No. SSM Syarikat

604689-D

Peluang Pekerjaan

0

Alamat Nurikhwah Medical Services Sdn Bhd

No.19, Jalan Kristal, AS7/AS, Persiaran Kristal, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Malaysia