Afiat Gold Sdn. Bhd.
Batu Caves, SelangorProfil Syarikat
Afiat Gold Sdn Bhd telah diasaskan oleh Tuan Haji Mohd Amin Bin Khalid. Beliau telah berkecimpung didalam bidang ini sejak lebih 54 tahun dahulu. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden Pesatuan Pengeluar Ubat Tradisional Melayu Malaysia, PURBATAMA.
Produk Afiat Gold merupakan produk-produk yang diformulasikan dengan penambahbaikan sesuai dengan generasi masa kini daripada formula turun temurun sejak tahun 1924 daripada datuk saudaranya Tuan Haji Panjang Kamarudin dan bapanya Tuan Haji Khalid bin Uda Ismail yang merupakan pengasas produk minyak Afiat yang telah dikenali sejak turun temurun.
Tuan Haji Mohd Amin dengan pengalaman yang ada, telah membuka perniagaan baru dengan menceburi bidang aromaterapi dengan penubuhan syarikat Afiat Gold Sdn Bhd.
Afiat Gold Sdn Bhd adalah pemegang cap hak dagangan (“Trademark”) Afiat® yang sah untuk Kelas 3, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Beliau bersama anaknya, Encik Ahmad Zawawi, kini telah mencipta formula terbaru untuk generasi terkini.
Peluang Pekerjaan
0
Industry
Penjagaan Kesihatan / Perubatan
Saiz Syarikat
30-100
Jenis Syarikat
Small-Medium Enterprize