Kembali
Data Delima Sdn Bhd banner company

Data Delima Sdn Bhd

Company SSM No 578240-V · <50 Employees · Environment / Health / Safety

Tentang Data Delima Sdn Bhd

Data Delima Sdn. Bhd. di tubuhkan pada 24hb. April 2002. Syarikat ini adalah syarikat Bumiputera (100%) yang diterajui oleh bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia yang juga Naib Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Ampang. Dengan pengalaman yang ada di dalam pentadbiran tentera, syarikat ini telah dipanduarah untuk terlibat di dalam kerja-kerja maintenance dan bergiat secara langsung didalam kerja-kerja pengurusan sampah dan sisa-sisa binaan sejak ditubuhkan.

Syarikat ini juga telah diberi kepercayaan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan sampah oleh Alam Flora Sdn Bhd dan lain-lain syarikat konsesi di bawahnya seperti Hebat Abadi Sdn. Bhd. dan PJS Enviromental Services Sdn. Bhd. sehingga sekarang. Bermula dari sebuah syarikat pengurusan sampah yang kecil, syarikat ini telah berkembang dan terlibat secara langsung di dalam kerja kerja maintenance yang lain seperti potong rumput, membersih bangunan, cantas pokok dan pengurusan rumah sampah spiral waste bin.

Sejajar dengan perkembangan yang ada, syarikat ini telah memperluaskan bidang perniagaan dengan tertubuhnya beberapa lagi anak syarikat dibawahnya. Atas kejayaan ini, syarikat telah mendapat kontrak pemotongan rumput, cantas pokok serta pengurusan spiral waste bin dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hingga kini.

Maklumat Data Delima Sdn Bhd

Nama Syarikat

Data Delima Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

Environment / Health / Safety

No. SSM Syarikat

578240-V

Peluang Pekerjaan

0

Alamat Data Delima Sdn Bhd

No. 29D, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, 55100, Malaysia