Kembali
Cambridge Biotek Sdn Bhd banner company

Cambridge Biotek Sdn Bhd

Company SSM No 784166-X · <50 Employees · BioTech / Pharmaceutical

1 Peluang Pekerjaan

Tentang Cambridge Biotek Sdn Bhd

Pengasas kami ialah Dr Nabisar. Beliau adalah seorang saintis Muslim yang berkelayakan dari Universiti Cambridge, England, Universiti Cornell, Amerika Syarikat dan Universiti Putra Malaysia.

Dr Nabisar ialah seorang saintis terkemuka dalam bidang bioteknologi. Dr Nabisar mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam bidang pengurusan sains dan teknologi. Beliau pakar dalam penjagaan kesihatan, diagnostik, ubat botani, bioteknologi industri dan formulasi. Beliau mempunyai pengalaman tempatan dan antarabangsa daripada institusi penyelidikan terkemuka seperti Universiti Cambridge, Universiti Cornell, Institut Max Planck, Kolej Imperial London dan lain-lain.

Beliau pulang ke tanah air untuk membantu membina Malaysia kearah masyarakat yang lebih berilmu, berdaya saing, sihat dan lebih bahagia. Beliau percaya dalam berkongsi ilmu pengetahuan dan kebersamaan dalam membina masyarakat.

Dr Nabisar berkongsi pengetahuannya yang luas dalam reka bentuk dan formulasi produk dalam peranti perubatan, ubat-ubatan perubatan, makanan tambahan dan kesihatan, teknologi hijau dan teknologi maju lain dengan rakyat Malaysia untuk Malaysia yang lebih baik.

Beliau menggunakan latihan & pengalamannya dalam sains dan teknologi daripada universiti berprestij, pusat penyelidikan & makmal di seluruh dunia untuk menghasilkan produk berkualiti premium pada harga BERPATUTAN.

Kami hanya mengeluarkan produk halal oleh itu produk kami adalah BERKUALITI TINGGI, BERKESAN, BERSIH, dan SELAMAT!

Kilang kami mendapat pensijilan GMP dan semua produk kami mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kami juga mempunyai sijil halal dari Jakim Malaysia.

Kami hanya menggunakan Bahan SEMULAJADI yang terkenal dengan kebaikannya melalui penemuan SAINTIFIK untuk kesejahteraan anda.

Maklumat Cambridge Biotek Sdn Bhd

Nama Syarikat

Cambridge Biotek Sdn Bhd

Jenis Syarikat

Small-Medium Enterprize

Saiz Syarikat

<50

Industri

BioTech / Pharmaceutical

No. SSM Syarikat

784166-X

Peluang Pekerjaan

1

Laman Web Syarikat

https://drnabisar.com/

Alamat Cambridge Biotek Sdn Bhd

Unit 2A, Taman, Jalan Sb Jaya 1, Kawasan Perindustrian Sb Jaya, Sungai Buloh, Selangor

Peluang Perkerjaan Cambridge Biotek Sdn Bhd

Internship-pharmacy Latihan Industri

Undisclosed
Closing
19 Apr 2024