HR Geram Jobseeker Selalu Tak Letak Info Ni Dalam Resume
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

HR Geram Jobseeker Selalu Tak Letak Info Ni Dalam Resume

post by MJ

by MJ

Jan 9, 2023
at 3:07 PM

HR Geram Jobseeker Selalu Tak Letak Info Ni Dalam Resume

Berdasarkan informasi direct daripada recruiter kami, kebanyakan Jobseeker tak letak beberapa perkara WAJIB yang bukan sahaja menyusahkan recruiter, malah menyebabkan jobseeker tersebut dicicirkan dari senarai pendek!

1. Job Title/Position

Sistem akan detect SATU main position sahaja mengikut bidang walaupun anda letak banyak pengalaman bekerja. Jika tiada job title, kemungkinan besar data anda akan dikira sebagai tak valid dan dibuang daripada senarai pendek.

Tips: Pilih satu jawatan yang bersesuaian dengan pengalaman & kepakaran anda untuk dirujuk oleh sistem dan recruiter.

2. Email & Nombor Telefon 

Dua medium ini ialah sumber utama untuk recruiter/majikan menghubungi anda. Sesetengahnya hanya menggunakan salah satu, jika tiada informasi, mereka akan skip profil anda sebab dah dikira menyusahkan dan membazir masa.

Tips: Nyatakan nombor dan alamat email yang anda selalu guna supaya anda tidak terlepas pandang jika dihubungi.

3. Lokasi

Kenapa recruiter nak tahu dimana anda tinggal pula? tak perlu kot? SALAH! Kebanyakan head hunter akan mencari calon yang relevan dengan lokasi syarikat tersebut. Inilah masa anda nak menonjol dari profil-profil yang lain, resume yang lengkap semestinya akan diutamakan. 

Tips: Nyatakan bandar dan negeri anda sedang menetap. Contoh: Ipoh, Perak

Template Simple dan Lengkap: DOWNLOAD SINI