Kenalkan Diri Masa Interview Cara "PRO", HR Auto Jatuh Cinta
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Kenalkan Diri Masa Interview Cara "PRO", HR Auto Jatuh Cinta

post by MJ

by MJ

Jan 15, 2023
at 11:50 AM

Biasa kalau HR suruh kenalkan diri masa interview kita selalu cakap. "Nama saya timah, umur 28, anak ke 18 dari 20 adik beradik. Saya lepasan degree marketing, hobi saya suka mancing.."

Sebenarnya kan, ada cara macam mana nak introduce diri dekat HR yang pro. Guna cara PAWS ni.

Apa tu PAWS?

P – Profile. Mulakan dengan nama dan pekerjaan ketika ini. Selepas tu kita tambahkan info yang relevan tentang minat kita dengan pekerjaan yang kita apply tu. Make sure ada la relate sikit sikit.

A – Academic. Haa lepastu kita dah boleh bergerak kepada apa certificate kita ada. Contoh ada Degree Marketing ke, Design ke. Tapi make sure kena la relevan. Kalau Certificate Design takkan la mohon kerja dekat jawatan Account. Jangan okay!

W - Work. Sama juga macam Academic di atas. Kalau kita ada pengalaman kerja yang berkaitan, dipersilakan cerita apa pengalaman yang korang ada. Tapi kalau takde kaitan tak perlu kongsikan okay. Ramai fresh grad saya nampak buat ni.

S – Skills. Ramai candidates yang datang interview, selalu lupa perkara ni masa introduction. bila dah habis bahagaian pengalaman kerja, selitkan dengan skill skill yang korang ada. Tak kisah soft skill ke technical skill ke, asalkan relevan. Share.

So dah tahu macam mana nak intorudce diri masa interview? Ini masa nya untuk cari kerja. Cari lah kerja dengan teknologi terbaru AI yang mana korang tinggal letak je resume takyah susah susah cari kerja. Meh letak resume dekat sini